{"id":10113,"date":"2022-05-20T07:19:47","date_gmt":"2022-05-20T07:19:47","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10113"},"modified":"2022-05-20T07:19:47","modified_gmt":"2022-05-20T07:19:47","slug":"kebersatuan-pelbagai-etnik-sabah-cerminan-sebenar-semangat-keluarga-malaysia-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kebersatuan-pelbagai-etnik-sabah-cerminan-sebenar-semangat-keluarga-malaysia-pm\/","title":{"rendered":"Kebersatuan pelbagai etnik Sabah cerminan sebenar semangat Keluarga Malaysia &#8211; PM"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) &#8212;\u00a0Kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa mencerminkan semangat dan aspirasi sebenar konsep Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n<p>Ismail Sabri berkata beliau bangga melihat perpaduan dan persefahaman antara kaum di negeri itu kerana semangat Keluarga Malaysia seumpama itulah yang ingin terus ditekankan di negara ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata sifat keterbukaan rakyat Sabah diwarisi sejak zaman berzaman terbukti dipegang teguh dalam memupuk keharmonian hidup masyarakat di \u2019Negeri Bawah Bayu\u2019 itu, malah\u00a0pelbagai perbezaan mewarnai kehidupan mereka juga mampu membentuk sebuah keluarga besar yang cekal mengharungi\u00a0cabaran bersama.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cBak kata pepatah orang Kadazan \u2018Osusa Toi Asanang Tomoi-mo Mi-i-so\u2019 yang bermaksud susah atau senang, suka dan duka kita tetap bersama dan bersatu dalam satu Keluarga Malaysia. Inilah harapan besar saya.<\/p>\n<p>\u201cApabila saya memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia, sudah semestinya rakyat Sabah menguntumkan senyuman kerana nilai asas kebersatuan dalam kepelbagaian itu sudah sebati dalam kehidupan Keluarga Malaysia di negeri ini.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada Ogos (tahun) lalu, saya telah melawat Sabah sebanyak empat kali dan sememangnya negeri ini sangat dekat di hati saya,\u201d katanya ketika\u00a0berucap melancarkan\u00a0Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; menteri-menteri Kabinet negeri dan pegawai kanan kementerian.<\/p>\n<p>Mengenai Jelajah AKM, Ismail Sabri berkata\u00a0penganjuran siri jelajah itu di Sabah merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mahu kesejahteraan dan keamanan terus terjamin, selain kebajikan mereka turut terbela.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap Keluarga Malaysia Sabah akan memanfaatkan kemudahan-kemudahan disediakan dan menghayati erti sebenar Aspirasi Keluarga Malaysia yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Jelajah AKM akan berlangsung selama tiga hari mulai hari ini di SICC bermula pukul 9 pagi dengan pelbagai aktiviti menarik disusun buat pengunjung seperti Jualan Agro Keluarga Malaysia; Jualan Keluarga Malaysia;\u00a0sukan elektronik; sukan rakyat; gotong-royong; kayuhan \u2018Fun Ride\u2019,\u00a0kenduri Keluarga Malaysia.<\/p>\n<p>Sabah merupakan destinasi ketiga siri jelajah AKM yang diilhamkan\u00a0Perdana Menteri selepas siri pertama diadakan di\u00a0Johor dan diikuti\u00a0Perlis,\u00a0sebagai destinasi kedua.<\/p>\n<p>&#8212;\u00a0BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) &#8212;\u00a0Kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa mencerminkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10114,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10113","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10113","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10113"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10113\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10115,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10113\/revisions\/10115"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10114"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10113"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10113"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10113"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}