{"id":10264,"date":"2022-05-27T10:07:34","date_gmt":"2022-05-27T10:07:34","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10264"},"modified":"2022-05-27T10:07:53","modified_gmt":"2022-05-27T10:07:53","slug":"jangan-biar-karenah-birokrasi-sabotaj-pembangunan-sabah-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jangan-biar-karenah-birokrasi-sabotaj-pembangunan-sabah-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Jangan biar karenah birokrasi sabotaj pembangunan Sabah &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Terlalu banyak karenah birokrasi dengan pelbagai syarat ditetapkan\u00a0jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan, hanya akan membantutkan pembangunan ekonomi Sabah.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menterinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata karenah birokrasi\u00a0tersebut mengakibatkan banyak\u00a0projek pembangunan tertangguh, yang pada akhirnya menjadi antara faktor Sabah jauh ketinggalan berbanding negeri lain.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau yang juga\u00a0Menteri Kerja Raya negeri, menggesa jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu mempraktikkan pendekatan, idea serta kaedah baharu yang lebih efisien bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pelaksanaan projek pembangunan.<\/p>\n<p>\u201cPada saya, apabila kita tangguh projek pembangunan kerana\u00a0macam-macam birokrasi dan syarat diminta,\u00a0secara tidak langsung kita yang sabotaj pembangunan ekonomi kita (Sabah),\u00a0(tetapi)\u00a0dalam masa sama\u00a0kita salahkan pula orang lain sebab tidak membantu membangunkan negeri kita.<\/p>\n<p>\u201cJadi, kita perlu berubah\u00a0kerana jika tidak, kita tidak akan dapat apa-apa perubahan,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembinaan bangunan ibu pejabat Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) dan pusat komersial The Cove di sini, hari ini.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani surat pengesahan dan pertukaran perjanjian usaha sama\u00a0antara LPPS dan\u00a0Deevin Development Sdn Bhd.<\/p>\n<p>LPPS diwakili Timbalan Pengerusinya Aminah Johan dan Ahli Lembaga Pengarah Dr Ramli Amir, manakala Deevin Development diwakili kedua-dua Pengarah syarikatnya Datuk Chee Chi Vun dan Datuk Simon Chee Chi Nyen.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Bung Moktar berkata bangunan baharu itu yang akan dibina di tanah seluas 2.58 hektar berhampiran Tanjung Lipat\u00a0di sini, bakal menjadi pencetus perubahan dan mercu tanda baharu Sabah yang memberi impak besar kepada ekonomi negeri, termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.<\/p>\n<p>\u201cProjek pembangunan seumpama ini perlu diteruskan, bagi\u00a0memastikan ekonomi Sabah dapat dibangunkan selepas\u00a0tergendala disebabkan\u00a0pandemik COVID-19,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Projek pembangunan bernilai RM1 bilion itu, dijangka dimulakan\u00a0tahun ini melibatkan dua fasa\u00a0pembinaan iaitu fasa pertama merangkumi ruang pejabat LPPS dan pusat membeli belah,\u00a0manakala fasa kedua\u00a0hotel dan kondominum, dengan masing-masing dijangka siap dalam tempoh empat dan lapan tahun.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Terlalu banyak karenah birokrasi dengan pelbagai syarat ditetapkan\u00a0jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan, hanya akan membantutkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10265,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10264","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10264","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10264"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10266,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10264\/revisions\/10266"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10265"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}