{"id":10273,"date":"2022-05-28T01:07:46","date_gmt":"2022-05-28T01:07:46","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10273"},"modified":"2022-05-28T01:07:46","modified_gmt":"2022-05-28T01:07:46","slug":"hawana-2022-manifestasi-pengiktirafan-institusi-kewartawanan-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hawana-2022-manifestasi-pengiktirafan-institusi-kewartawanan-malaysia\/","title":{"rendered":"HAWANA 2022 manifestasi pengiktirafan institusi kewartawanan Malaysia"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU: Penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 adalah manifestasi pengiktirafan terhadap institusi kewartawanan di Malaysia secara profesional, kata Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah Lichong Angkui.<\/p>\n<p>Beliau berkata HAWANA tahun ini, kali kedua selepas dimulakan pada 2018, adalah wadah bagi mendokong prinsip dan etika kewartawanan sebenar di sebalik rempuhan media sosial di ruang maya tanpa sempadan.<\/p>\n<p>Katanya, institusi kewartawanan di negara ini mampu bertahan dan kekal berintegriti sekalipun menghadapi pelbagai cabaran akibat kemelut politik dan gugatan ekonomi pascapandemik COVID-19.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Inilah sebenarnya manifestasi HAWANA 2022 yang bukan saja mengiktiraf peranan dan sumbangan wartawan tetapi juga melonjakkan institusi kewartawanan Malaysia ke suatu tahap tertinggi,&#8221; katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Lichong yang juga Anggota Lembaga Pengelola BERNAMA dan anggota jawatankuasa HAWANA 2022 berkata kewartawanan di negara ini umumnya kekal berpegang pada prinsip kebebasan sekali gus menjadikannya sentiasa relevan sepanjang masa.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata sifat pragmatik institusi kewartawanan menjadi landasan terbaik dalam menangani saingan laporan tidak benar atau berita palsu.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Maka perhimpunan wartawan Malaysia pada HAWANA 2022 di Melaka kali ini menjadi saksi kekuatan institusi kewartawanan di negara ini dalam konteks profesionalisme sebenar,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Lichong yang pernah menghadiri Hari Pers Nasional (HPN) di Padang dan Surabaya, Indonesia pada 2018 dan 2019 berkata HAWANA kali ini adalah perhimpunan komuniti wartawan terbesar seluruh negara pascapandemik COVID-19.<\/p>\n<p>Katanya, penganjuran HAWANA dengan pelbagai pengisian berkaitan media dan kewartawanan menjadi simbolik kesungguhan bersama untuk mengangkat darjat dan martabat profesion ini.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>&#8220;Semestinya peranan besar institusi kewartawanan ini diakui dan diiktiraf sebagai pemangkin agenda pembangunan bangsa dalam negara membangun seperti Malaysia,&#8221; katanya, sambil mengalu-alukan kehadiran 17 pemimpin utama media Indonesia ke HAWANA 2022 di Melaka.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Penganjuran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 adalah manifestasi pengiktirafan terhadap institusi kewartawanan di Malaysia secara profesional, kata Ketua&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10274,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10273","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10273","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10273"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10273\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10275,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10273\/revisions\/10275"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10274"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10273"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10273"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10273"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}