{"id":10286,"date":"2022-05-28T10:09:15","date_gmt":"2022-05-28T10:09:15","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10286"},"modified":"2022-05-28T10:11:11","modified_gmt":"2022-05-28T10:11:11","slug":"hajiji-gariskan-teras-perjuangan-grs-penuhi-aspirasi-sayangi-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hajiji-gariskan-teras-perjuangan-grs-penuhi-aspirasi-sayangi-sabah\/","title":{"rendered":"Hajiji gariskan teras perjuangan GRS penuhi aspirasi Sayangi Sabah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pengerusi\u00a0 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menggariskan empat teras perjuangan gabungan lima parti politik itu bagi memenuhi aspirasi Agenda Sayangi Sabah.<\/p>\n<figure id=\"attachment_10289\" aria-describedby=\"caption-attachment-10289\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-10289\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/1435C9FD-9297-43D2-9316-602DDA660E9A-300x189.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"189\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/1435C9FD-9297-43D2-9316-602DDA660E9A-300x189.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/1435C9FD-9297-43D2-9316-602DDA660E9A-768x484.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/1435C9FD-9297-43D2-9316-602DDA660E9A-150x95.jpeg 150w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/1435C9FD-9297-43D2-9316-602DDA660E9A-696x439.jpeg 696w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/05\/1435C9FD-9297-43D2-9316-602DDA660E9A.jpeg 972w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10289\" class=\"wp-caption-text\">Hajiji yang juga Pengerusi GRS bersama pemimpin parti gabungan itu, menunjukkan logo GRS pada Majlis Pelancaran GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, hari ini. Gambar JKM.<\/figcaption><\/figure>\n<p>Berucap merasmikan pelancaran GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini, Ketua Menteri Sabah itu berkata teras pertama iaitu Sabah Diutamakan <em>(Sabah First)<\/em> bermatlamat meletakkan hak dan kepentingan Sabah serta menganjak status\u00a0 pembangunan negeri itu dalam pelbagai aspek pada kedudukan teratas.<\/p>\n<p>Hajiji bagaimanapun berkata <em>Sabah First<\/em> tidak bermaksud mengenepikan kepentingan nasional namun sebagai wadah tempatan amanah dan tanggungjawab besar GRS adalah memperjuangkan kepentingan negeri sebagai keutamaan nombor satu.<\/p>\n<p>&#8220;Kita yakin dan percaya sebagai salah satu komponen penting negara, matlamat membina Sabah yang lebih maju dan berjaya perlu diangkat sebagai agenda nasional demi menjamin kemakmuran dan kelestarian Persekutuan Malaysia,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Hajiji berkata teras kedua iaitu Sabah Melangkah ke Hadapan<em> (Sabah Forward)<\/em> bertujuan membentuk pemikiran, menghalakan perspektif dan memimpin tindakan secara strategik dan berfokus demi membina legasi kemajuan untuk dinikmati dan diwarisi oleh generasi akan datang.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Teras ketiga iaitu <em>Sabah Prosper<\/em> pula adalah bagi menterjemahkan kesungguhan kerajaan melaksanakan serta menjayakan Agenda Sayangi Sabah melalui pelan pembangunan negeri iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Menurut Hajiji walaupun ada pihak tertentu cuba mewujudkan persepsi negatif dengan menafikan signifikasi Hala Tuju SMJ namun gabungan parti politik itu tidak akan membiarkan kepentingan politik sempit itu memesongkan mereka dari landasan serta fokus dalam menggerakkan pelan pembangunan berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Atas sebab itu, perjuangan <em>Sabah First<\/em>, <em>Sabah Forward <\/em>dan <em>Sabah Prosper<\/em> harus bergerak seiring bersama perjuangan Sabah United iaitu mewujudkan Sabah yang bersatu sebagai teras yang keempat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri (Bersatu) Sabah berkata GRS juga akan mempertimbangkan penubuhan Sayap Pelajar dan Sayap GRS Plus menghimpunkan badan-badan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).<\/p>\n<p>&#8220;Selain keanggotaan secara langsung sebagai ahli GRS, penubuhan Sayap Wanita dan Sayap Pemuda kita wajar mempertimbangkan segera penubuhan Sayap Pelajar atas permintaan golongan itu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Komponen GRS terdiri daripada lima parti iaitu Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pengerusi\u00a0 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menggariskan empat teras perjuangan gabungan lima parti&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10287,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-10286","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10286","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10286"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10286\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10291,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10286\/revisions\/10291"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10287"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10286"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10286"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10286"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}