{"id":10310,"date":"2022-05-30T11:12:58","date_gmt":"2022-05-30T11:12:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10310"},"modified":"2022-05-30T11:14:53","modified_gmt":"2022-05-30T11:14:53","slug":"kekalkan-kebersatuan-dalam-kepelbagaian-sabah-sebagai-cerminan-keluarga-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kekalkan-kebersatuan-dalam-kepelbagaian-sabah-sebagai-cerminan-keluarga-malaysia\/","title":{"rendered":"Kekalkan kebersatuan dalam kepelbagaian Sabah sebagai cerminan Keluarga Malaysia"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>PENAMPANG: Semangat kebersatuan dalam kepelbagaian dipegang sekian lama rakyat Sabah wajar dikekalkan untuk generasi akan datang sebagai cerminan aspirasi Keluarga Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.<\/p>\n<p>Beliau berkata rakyat Sabah sangat\u00a0bertuah dikurniakan pelbagai budaya serta seni tradisi yang kaya dan menjelang sambutan Pesta Kaamatan,\u00a0semangat perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan semangat kebersamaan dalam kepelbagaian rakyat\u00a0daripada suku, kaum dan budaya itu\u00a0amat terserlah.<\/p>\n<p>\u201cKepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa adalah gambaran dan semangat sebenar Keluarga Malaysia yang perlu dikekalkan dan dipelihara selamanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSaya ingin menyeru seluruh rakyat untuk mengekalkan budaya perpaduan dan permuafakatan demi masa depan yang lebih cemerlang untuk rakyat Sabah dan generasi akan datang,\u201d katanya dalam ucapan merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 di sini\u00a0hari ini.<\/p>\n<p>Pesta Kaamatan merupakan pesta bagi melahirkan rasa kesyukuran atas hasil tuaian yang baik pada asalnya diraikan masyarakat Kadazandusun, namun berkembang sebagai pesta diraikan rakyat Sabah yang berbilang latar belakang pada Mei setiap tahun dan diakhiri dengan majlis penutupan esok.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Hajiji berkata\u00a0pemilihan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu\u00a0\u2018Kaamatan Menjiwai Alam Semula Jadi\u2019\u00a0atau dalam bahasa Kadazan-Dusun \u2018Kaamatan Monunduan Do Winorun\u2019\u00a0amat tepat terutama sekali dengan pelbagai fenomena akibat perubahan iklim dunia pada masa kini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Katanya\u00a0dengan tema itu diharapkan ia dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada semua lapisan masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam semula jadi yang diwarisi untuk generasi akan datang.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau berkata kerajaan Sabah komited dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar negeri ini dan telah memperuntukkan\u00a0RM131.93 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta jabatan dan agensi dalam Belanjawan Sabah 2022.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah antara komitmen berterusan kKerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam\u00a0sekitar. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan setiap komponen dalam mewujudkan kelestarian hijau akan dapat diberikan perhatian yang sewajarnya.\u201d\u00a0katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu,\u00a0Hajiji mengumumkan\u00a0peruntukan khas sebanyak RM3.5 juta bagi projek menaik taraf Dewan Kadazandusun Cultural Association Sabah di sini\u00a0dan kerja naik taraf lain di kawasan dewan itu.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Semangat kebersatuan dalam kepelbagaian dipegang sekian lama rakyat Sabah wajar dikekalkan untuk generasi akan datang sebagai cerminan aspirasi Keluarga&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10311,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-10310","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10310","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10310"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10310\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10312,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10310\/revisions\/10312"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10311"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10310"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10310"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10310"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}