{"id":10341,"date":"2022-06-02T11:41:33","date_gmt":"2022-06-02T11:41:33","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10341"},"modified":"2022-06-02T11:42:45","modified_gmt":"2022-06-02T11:42:45","slug":"tanggungjawab-sosial-universiti-memangkin-keceriaan-sekolah-dan-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tanggungjawab-sosial-universiti-memangkin-keceriaan-sekolah-dan-komuniti\/","title":{"rendered":"Tanggungjawab Sosial Universiti Memangkin Keceriaan Sekolah Dan Komuniti"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">RANAU: Seramai tujuh pelajar Program Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) menjayakan Projek Tanggungjawab Sosial (CSR) Keceriaan Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Mesilou, Kundasang di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kesemua mereka terdiri daripada kalangan pelajar yang bekerja dan sedang melengkapkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_10342\" aria-describedby=\"caption-attachment-10342\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-10342\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/71A7A599-FBD0-4FAE-AEC9-94B9C8268C67-300x163.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"163\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/71A7A599-FBD0-4FAE-AEC9-94B9C8268C67-300x163.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/71A7A599-FBD0-4FAE-AEC9-94B9C8268C67-768x416.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/71A7A599-FBD0-4FAE-AEC9-94B9C8268C67-150x81.jpeg 150w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/71A7A599-FBD0-4FAE-AEC9-94B9C8268C67-696x377.jpeg 696w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/71A7A599-FBD0-4FAE-AEC9-94B9C8268C67.jpeg 906w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-10342\" class=\"wp-caption-text\">Dr Jakaria (tengah) bagi pihak UMS menyampaikan cenderahati kepada Malini (kiri) sambil disaksikan Franky (kanan). Gambar UMS<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut kenyataan UMS, program yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada penilaian yang dilaksanakan dalam Kursus Komunikasi Korporat.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMenerusi kursus ini pelajar diberi pendedahan mengenai teknik mengurus program libatsama masyarakat bermula dari mengenal pasti isu atau masalah dalam komuniti, penyediaan kertas cadangan, dan mengusahakan dana melalui aktiviti keusahawanan serta inisiatif-inisiatif lain yang berkaitan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPara pelajar juga dikehendaki berhubung dengan organisasi terlibat serta mengenal pasti dan melibatkan pertubuhan atau persatuan berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan,\u201d demikian menurut kenyataan tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kenyataan itu<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>memaklumkan, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah pembinaan gerbang taman sekolah secara bergotong royong bersama ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Mesilou dan Kelab Kesukarelawanan Mesilou (MEVOC).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelain itu, program tanggungjawab sosial ini juga menceriakan perpustakaan sekolah melalui aktiviti mengecat bangunan berkenaan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cProgram ini turut menjemput Pengarah Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM) UMS,<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>Dr Jakaria Dasan, untuk berkongsi dua tajuk kepada ahli-ahli komuniti iaitu \u201cLibatsama Masyarakat Melalui Program CSR dan Knowledge Transfer Program (KTP),\u201d jelas kenyataan itu lagi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, salah seorang pelajar yang juga Ketua Projek,<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>Franky Dominic melahirkan rasa syukur atas kelancaran dan penglibatan dalam program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa bukan sahaja menjadi platform untuk kami mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di UMS, bahkan juga dapat membuat praktikaliti ilmu di lapangan, iaitu dalam komuniti SK Mesilou, Kundasang. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJika selama ini kami hanya bersua muka secara dalam talian, program ini membolehkan kami bertemu secara fizikal bersama rakan pelajar lain yang berasal dari Tawau, Semporna, Kunak, Sandakan, Kota Kinabalu dan Kota Belud.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSegala pengalaman yang diperolehi akan kami terap dan kongsikan kepada rakan sekerja sekali gus membawa budaya aktiviti tanggungjawab sosial korporat kepada komuniti di pejabat masing-masing,\u201d ujarnya yang berkerja di Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan W.P.Labuan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program sehari itu turut dihadiri Guru Besar SK Mesilou, Malini Harun; Pengerusi PIBG dan MEVOC, Samsul Sinun; dan kakitangan SK Mesilou.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RANAU: Seramai tujuh pelajar Program Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) menjayakan Projek Tanggungjawab Sosial (CSR) Keceriaan Sekolah di Sekolah Kebangsaan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":10342,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-10341","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10341","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10341"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10341\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10345,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10341\/revisions\/10345"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10341"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10341"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10341"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}