{"id":10355,"date":"2022-06-03T05:48:14","date_gmt":"2022-06-03T05:48:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10355"},"modified":"2022-06-03T05:48:14","modified_gmt":"2022-06-03T05:48:14","slug":"khemah-besar-ok-tapi-tanpa-anwar-muhyiddin-dr-mahathir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/khemah-besar-ok-tapi-tanpa-anwar-muhyiddin-dr-mahathir\/","title":{"rendered":"Khemah besar ok, tapi tanpa Anwar, Muhyiddin &#8211; Dr Mahathir"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kepentingan kerjasama antara pembangkang di bawah \u2018khemah besar\u2019 namun menolaknya kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menyifatkan kedua-dua pemimpin itu mempunyai agenda menjaga kepentingan sendiri tanpa meletakkan rakyat sebagai keutamaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIya, kalau boleh, adakan khemah besar, pasal negara kita ini menghadapi banyak masalah, terutamanya orang Melayu, orang Melayu banyak masalah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTetapi kita kena cari orang yang lurus, tidak boleh kalau ada orang masuk politik nak cari duit apa semua. Sorrylah,\u201d katanya memetik Utusan Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jelas Dr Mahathir, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) misalnya, beberapa kali membuat pengumuman untuk menjadi Perdana Menteri, namun tidak berjaya kerana tiada sokongan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir menjelaskan, buat masa ini tiada sebarang perbincangan ke arah mewujudkan kerjasama khemah besar dengan mana-mana pihak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, terdapat beberapa parti politik yang kini sedang diteliti untuk dilihat asas perjuangannya sama ada selari dengan Pejuang atau sebaliknya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, Anwar melakukan kesilapan besar sehingga membawa kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 menyebabkan UMNO dan BN kembali berkuasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini masih lagi jadi Perdana Menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli Parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain, saya tak tahu siapa,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr Mahathir memberitahu beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri jika mendapat 92 undi daripada PH, namun pada akhirnya beliau dan Anwar sendiri kalah.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kepentingan kerjasama antara pembangkang di bawah \u2018khemah besar\u2019 namun menolaknya kerana Tan Sri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":8310,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-10355","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10355","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10355"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10355\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10356,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10355\/revisions\/10356"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8310"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10355"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10355"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10355"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}