{"id":10475,"date":"2022-06-13T01:20:58","date_gmt":"2022-06-13T01:20:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10475"},"modified":"2022-06-13T01:20:58","modified_gmt":"2022-06-13T01:20:58","slug":"lapangan-terbang-sandakan-bakal-jadi-pemangkin-pembangunan-wee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/lapangan-terbang-sandakan-bakal-jadi-pemangkin-pembangunan-wee\/","title":{"rendered":"Lapangan Terbang Sandakan bakal jadi pemangkin pembangunan &#8211; Wee"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Lapangan Terbang Sandakan, yang telah siap dinaik taraf pada akhir tahun lepas, bakal menjadi pemangkin bagi menggerakkan pembangunan di daerah itu khususnya dalam sektor ekopelancongan.<\/p>\n<p>Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong\u00a0berkata projek bernilai RM80.9 juta itu diluluskan pada 2017 dan pembinaannya\u00a0dimulakan pada 2019\u00a0antara lain melibatkan\u00a0pemanjangan landasan sedia ada daripada 2.133 kilometer\u00a0kepada 2.5 kilometer.<\/p>\n<p>&#8220;Dengan adanya pemanjangan landasan ini, Lapangan Terbang Sandakan mampu mengendali\u00a0pesawat kod C iaitu tanpa had muatan dan penerbangan hingga enam jam. Ini secara langsung boleh menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan komersial untuk terbang secara terus ke Sandakan.<\/p>\n<p>\u201cIa juga akan meningkatkan kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara seterusnya menambah\u00a0daya saing ekonomi, komersial serta pelancongan,&#8221; katanya kepada pemberita selepas merasmikan naik taraf landasan dan meninjau\u00a0lapangan terbang itu hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir\u00a0Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin juga Menteri Kerja Raya negeri.<\/p>\n<p>Wee berkata usaha\u00a0kini ditumpukan kepada menarik pelancong ke Sandakan dan menugaskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia memastikan mana-mana penerbangan ke Sabah tidak akan terlepas pandang\u00a0Lapangan Terbang Sandakan.<\/p>\n<p>Beliau berkata projek itu turut melibatkan pelebaran kawasan parkir pesawat, kerja naik taraf peralatan navigasi penerbangan\u00a0dan\u00a0penggantian serta penambahbaikan sistem pengurusan trafik udara di Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu.<\/p>\n<p>&#8220;Pemasangan radar dan peralatan <em>Automatic Dependent Surveillance-Broadcast<\/em>\u00a0di Sandakan telah ditambah baik dan ruang udara yang sebelum ini terlindung daripada liputan radar disebabkan oleh pergunungan Kinabalu dapat diatasi sepenuhnya.<\/p>\n<p>&#8220;Malah\u00a0data radar ini juga dikongsi oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia bersama Tentera Udara Diraja Malaysia\u00a0yang bertanggungjawab memastikan ruang udara di Sabah dan Sarawak adalah selamat daripada pencerobohan anasir luar,&#8221; katanya.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Wee juga berkata beliau akan berbincang dengan kementeriannya mengenai keluhan rakyat di Sabah yang meminta pengecualian cukai jalan selama setahun setengah sepanjang pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak akan janji bulan dan bintang kerana ia tertakluk kepada kemampuan kewangan negara memandangkan Kementerian Pengangkutan turut diberi kedudukan untuk mengutip pendapatan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Lapangan Terbang Sandakan, yang telah siap dinaik taraf pada akhir tahun lepas, bakal menjadi pemangkin bagi menggerakkan pembangunan di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10476,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10475","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10475","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10475"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10475\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10477,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10475\/revisions\/10477"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}