{"id":10669,"date":"2022-06-23T01:29:27","date_gmt":"2022-06-23T01:29:27","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10669"},"modified":"2022-06-23T01:29:27","modified_gmt":"2022-06-23T01:29:27","slug":"kerajaan-sedang-atasi-kekurangan-bahan-mentah-industri-koko-zuraida","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-sedang-atasi-kekurangan-bahan-mentah-industri-koko-zuraida\/","title":{"rendered":"Kerajaan sedang atasi kekurangan bahan mentah industri koko &#8211; Zuraida"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan bersama pihak berkepentingan\u00a0sedang berusaha mengatasi isu kekurangan bahan mentah yang dihadapi industri koko negara, kata\u00a0Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.<\/p>\n<p>Beliau berkata penghasilan bahan mentah dalam negara\u00a0terutama\u00a0biji koko\u00a0pada masa ini tidak dapat menampung permintaan yang diperlukan bagi pasaran produk koko dalam negara, apatah lagi untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara.<\/p>\n<p>Katanya salah satu langkah penting sedang diusahakan kerajaan untuk mengatasi isu itu adalah meningkatkan aktiviti <em>huluan\u00a0<\/em>industri koko, terutamanya meningkatkan penanaman dan perladangan koko di negara ini.<\/p>\n<p>\u201cPada masa ini hub pemprosesan (biji koko) kita di Johor terpaksa import biji koko dari luar negara untuk eksport produk koko\u00a0ke luar negara, kita jadi pusat pengisaran pula sekarang, jika boleh kita mahu kisar (<em>grind<\/em>) biji koko kita sendiri untuk kita eksport produk\u00a0koko.<\/p>\n<p>\u201cPermintaan ada untuk produk koko itu, tetapi pada masa ini kita tidak cukup bahan mentah, kita pada masa ini juga masih tidak cukup keluasan tanaman (koko), itu kita cuba tingkatkan,\u201d katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko Malaysia 2022 di sini\u00a0malam ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Anak Mongin, Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Rahimah Majid, dan Ketua Pengarah LKM Dr Ramle Kasin.<\/p>\n<p>Zuraida\u00a0berkata pada masa ini juga kementeriannya sedang melakukan libat urus dengan kerajaan negeri, antaranya\u00a0Sabah dan Sarawak, bagi meluaskan tanaman koko dalam\u00a0negara.<\/p>\n<p>\u201cKita juga cuba dapatkan tanah untuk tanaman ini dan membentuk koperasi untuk industri ini bagi menjadikan pengurusannya\u00a0lebih effektif dan produktiviti menjadi lebih tinggi serta berkualiti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu\u00a0Zuraida yang baru-baru ini diumum akan menjadi Presiden\u00a0Parti Bangsa Malaysia (PBM) berkata, parti itu sentiasa mengalu-alukan penyertaan Ahli Parlimen yang berminat.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>\u201cLebih ramai lebih meriah, saya menghargai Ahli Parlimen yang menyertai kami untuk mengukuhkan blok kami ini, pada masa ini juga kita sudah ada struktur akar umbi PBM di Sabah, sudah ada 26 bahagian di sini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan bersama pihak berkepentingan\u00a0sedang berusaha mengatasi isu kekurangan bahan mentah yang dihadapi industri koko negara, kata\u00a0Menteri Perusahaan Perladangan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10670,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10669","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10669","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10669"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10669\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10671,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10669\/revisions\/10671"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10669"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10669"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10669"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}