{"id":10732,"date":"2022-06-26T05:27:18","date_gmt":"2022-06-26T05:27:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10732"},"modified":"2022-06-26T05:27:18","modified_gmt":"2022-06-26T05:27:18","slug":"cabaran-urus-empat-anak-tidak-halang-pasangan-suami-isteri-raih-phd-bersama-sama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/cabaran-urus-empat-anak-tidak-halang-pasangan-suami-isteri-raih-phd-bersama-sama\/","title":{"rendered":"Cabaran Urus Empat Anak Tidak Halang Pasangan Suami Isteri Raih PhD Bersama-sama"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kesibukan dan cabaran mengurus empat anak yang masih kecil serta berkerja semasa melanjutkan pengajian tidak menghalang pasangan suami isteri.<\/p>\n<p>Mereka ialah Dr. Suhairullah Omar Ramih dan Dr. Fadzilah Patman berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Pendidikan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-23.<\/p>\n<p>Pasangan ini mula melanjutkan pengajian pada tahun 2018 dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2021 dan sepanjang tempoh tersebut, mereka akui telah melalui banyak cabaran.<\/p>\n<p>\u201cKami perlu memainkan peranan masing-masing dalam membahagikan masa antara anak dan juga tugasan,\u201d kata Suhairullah yang bertugas sebagai Jurulatih Pusat Kokurikulum di Kiulu.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun isteri saya bergelar seorang pelajar, namun dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri untuk menjaga anak-anak kami yang berusia 11, 8 dan 3 tahun serta yang kecil, 2 bulan.<\/p>\n<p>\u201cSepanjang pengajian hingga bergraduasi hari ini, Fadzilah dua kali bersalin dan kami dikurniakan dua anak sebelum berjaya menggenggam ijazah bersama,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Fadzilah yang bertugas sebagai guru di SK Rugading, Tuaran juga turut berasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian bersama dengan suami walaupun hakikatnya ramai yang tidak tahu liku-liku mereka berdua sepanjang tempoh tiga tahun pengajian.<\/p>\n<p>\u201cSaya sangat bersyukur kerana mampu menghabiskan pengajian dengan sokongan daripada ibu bapa dan mentua serta anak-anak yang terpaksa menerima dan memahami situasi kami yang bergelar ibu bapa dan pelajar.<\/p>\n<p>\u201cKami berjanji untuk meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak bagi menggantikan tempoh tiga tahun yang terpaksa dikorbankan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kedua-dua mereka menerima skrol ijazah PhD masing-masing pada hari pertama Majlis Konvokesyen UMS di Dewan Canselor, di sini kelmarin.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kesibukan dan cabaran mengurus empat anak yang masih kecil serta berkerja semasa melanjutkan pengajian tidak menghalang pasangan suami&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":10733,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10732","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10732","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10732"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10732\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10734,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10732\/revisions\/10734"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10733"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10732"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10732"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10732"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}