{"id":10745,"date":"2022-06-27T12:02:29","date_gmt":"2022-06-27T12:02:29","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10745"},"modified":"2022-06-27T12:02:59","modified_gmt":"2022-06-27T12:02:59","slug":"dana-yab-rm65-juta-bukan-hasil-aktiviti-haram-ahmad-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dana-yab-rm65-juta-bukan-hasil-aktiviti-haram-ahmad-zahid\/","title":{"rendered":"Dana YAB RM65 juta bukan hasil aktiviti haram &#8211; Ahmad Zahid"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM65 juta yang didakwa diterimanya dan dipindahkan ke akaun simpanan tetap sebuah firma guaman bukan hasil wang haram.<\/p>\n<p>Bekas Timbalan Perdana Menteri itu \u00a069, sebaliknya, berkata dana RM65 juta melalui cek itu adalah hasil sumbangan daripada individu dan badan korporat bagi tujuan amal jariah.<\/p>\n<p>\u201cSaya menegaskan bahawa dana tersebut adalah bukan hasil daripada aktiviti haram yang didefinisikan di bawah Akta AMLA,\u201d katanya semasa membacakan pernyataan saksi semasa membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Katanya, beliau juga\u00a0 tidak pernah mengarahkan mana-mana peguam atau pekerja termasuk kerani V. Sothilechmy daripada Tetuan Lewis &amp; Co untuk mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap.<\/p>\n<p>Katanya, Sothilechmy telah mengesahkan di mahkamah bahawa beliau (Sothilechmy)\u00a0mendapat arahan daripada peguam B.Muralidharan\u00a0untuk memasukkan dana-dana tersebut ke dalam akaun simpanan tetap.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSemasa saya melantik Tetuan Lewis &amp; Co untuk menguruskan dana Yayasan Akalbudi, Muralidharan pernah memberitahu saya bahawa akan menguruskan dana itu\u00a0dengan membuka akaun simpanan tetap supaya yayasan itu dapat memperoleh kadar faedah. Muralidharan juga memberitahu saya bahawa beliau perlu berbuat demikian berdasarkan undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Mengenai dana YAB berjumlah RM5.9 juta, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau tidak pernah memberi arahan kepada Muralidharan untuk membuat pembayaran bagi pembelian\u00a0dua lot tanah banglo di Country Height, Kajang, menggunakan akaun\u00a0simpanan tetap.<\/p>\n<p>Beliau berkata dana Yayasan Akalbudi dikendalikan oleh Muralidharan menggunakan budi bicara tunggal peguam itu sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cMuralidharan sebagai seorang yang mempunyai kawalan kendalian ke atas dana Yayasan Akalbudi mempunyai pengetahuan tentang transaksi keluar masuk wang dalam akaun pelanggan dan Muralidharan mempunyai budi bicara tunggal untuk menentukan berapa banyak jumlah dana yang perlu dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid\u00a0\u00a0juga berkata\u00a0pengeluaran RM5.9 juta daripada akaun simpanan tetap oleh Muralidharan bagi tujuan pembayaran dua lot tanah\u00a0untuk dijadikan\u00a0pusat pengajian al-Quran bagi golongan yang akan bersara \u00a0dan juga pelajar tahfiz\u00a0 dan ia bukan wang daripada hasil aktiviti haram.<\/p>\n<p>Selain itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak pernah mengarahkan pengurup\u00a0wang, Omar Ali Abdullah untuk menukarkan wang tunai berjumlah RM 7,511,250.20 kepada 35 keping cek.<\/p>\n<p>\u201cSeingat saya, apabila Omar Ali dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, beliau sendiri menyatakan bahawa beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk menukarkan wang tunai sumbangan tersebut kepada cek.<\/p>\n<p>\u201cSemasa saya berjumpa dengan Omar Ali untuk berbincang berkenaan mendepositkan wang tunai ke dalam akaun pelanggan Tetuan Lewis &amp; Co, Omar Ali telah memberitahu saya bahawa beliau akan menggunakan inisiatif beliau sendiri untuk menukarkan wang tunai tersebut kepada beberapa cek,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan berkenaan penukaran wang tunai kepada cek itu.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya ingin menegaskan bahawa sumber wang tunai yang diuruskan oleh Omar Ali merupakan sumbangan dan derma daripada Yayasan Al-Bukhary dan bukan wang hasil daripada aktiviti haram,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.<\/p>\n<p>&#8212;\u00a0 BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM65&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8639,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-10745","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10745","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10745"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10745\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10746,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10745\/revisions\/10746"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10745"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10745"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10745"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}