{"id":10798,"date":"2022-06-30T10:23:49","date_gmt":"2022-06-30T10:23:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10798"},"modified":"2022-06-30T10:23:49","modified_gmt":"2022-06-30T10:23:49","slug":"ahmad-zahid-ditegur-pendakwaan-jangan-anggap-mahkamah-seperti-kedai-kopi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ahmad-zahid-ditegur-pendakwaan-jangan-anggap-mahkamah-seperti-kedai-kopi\/","title":{"rendered":"Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti \u2018kedai kopi\u2019"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini menegur Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti \u2018kedai kopi\u2019 atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan dalam perbicaraan kes yang dihadapinya.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membuat teguran itu apabila Ahmad Zahid berkali-kali tidak menjawab soalan secara spesifik dan mahu memberi penjelasan, sedangkan pendakwaan tidak meminta berbuat demikian.<\/p>\n<p>Soalan yang diajukan Raja Rozela\u00a0adalah adakah bekas timbalan perdana menteri itu bersetuju bahawa bekas Setiausaha Eksekutifnya\u00a0Mej\u00a0Mazlina Mazlan @ Ramly\u00a0tidak boleh sentuh wang dalam akaun simpanan tetap di Tetuan Lewis &amp; Co.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Selepas beberapa kali Raja Rozela bertanyakan soalan itu dan menegur supaya menjawabnya secara spesifik, Ahmad Zahid akhirnya menjawab \u201cSetuju\u201d.<\/p>\n<p>Raja Rozela kemudian mengucapkan \u201cTerima kasih, terima kasih\u00a0Datuk Seri, terima kasih banyak, manakala Ahmad Zahid menjawab &#8220;Terima kasih kepada anda juga\u201d.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Berasa sinis dengan jawapan Ahmad Zahid itu, Raja Rozela kemudian berkata \u201cHati-hati Datuk Seri. Datuk Seri dekat dalam mahkamah ya, bukan dekat kedai kopi, bukan dekat majlis tertinggi, saya ingatkan anda sebagai pegawai mahkamah\u201d.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Sebelum itu, Raja Rozela turut menegur Ahmad Zahid apabila beliau mengelak untuk menjawab soalan secara spesifik berkenaan dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dipindahkan ke akaun simpanan tetap Lewis &amp; Co.<\/p>\n<p>\u201cDatuk Seri kena belajar untuk hormat mahkamah Datuk Seri ya. Bila saya tanya soalan dan soalan itu adalah spesifik, Datuk Seri tolong lah jawab soalan itu secara spesifik melainkan saya suruh Datuk Seri memberikan penjelasan.<\/p>\n<p>\u201cSaya adalah pegawai mahkamah Datuk Seri. Saya dan rakan bijaksana saya, peguam-peguam Datuk Seri adalah pegawai mahkamah. Kami menjalankan tugas untuk menjalankan prosiding ini untuk mahkamah ini Datuk Seri. Saya minta sangat-sangat Datuk Seri tolong lah fokus, kalau tidak sampai malam kita di sini (mahkamah),\u201d tegas Raja Rozela.<\/p>\n<p>Peguam Hisyam Teh Poh Teik\u00a0yang mewakili Ahmad Zahid bangun dan menyatakan anak guamnya perlu diberikan peluang untuk memberikan penjelasan.<\/p>\n<p>Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian berkata pendakwaan memberikan pandangan sedemikian kerana Ahmad Zahid tidak menjawab soalan secara spesifik, sebaliknya memberikan penjelasan.<\/p>\n<p>\u201cKadangkala saksi diberikan peluang untuk memberikan penjelasan, tetapi apabila ditanya sama ada saksi setuju atau tidak, saksi hanya perlu menjawab sama ada setuju atau tidak. Oleh sebab itu pendakwaan berpandangan begitu,\u201d kata Hakim Sequerah.<\/p>\n<p>Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik YAB selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.<\/p>\n<p>Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini menegur Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti \u2018kedai kopi\u2019&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10799,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-10798","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10798","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10798"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10798\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10800,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10798\/revisions\/10800"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10799"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10798"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10798"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10798"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}