{"id":10828,"date":"2022-07-02T09:55:21","date_gmt":"2022-07-02T09:55:21","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10828"},"modified":"2022-07-02T09:55:46","modified_gmt":"2022-07-02T09:55:46","slug":"tok-mat-saran-bn-sabah-usul-perjanjian-malaysia-baharu-tuntut-hak-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tok-mat-saran-bn-sabah-usul-perjanjian-malaysia-baharu-tuntut-hak-negeri\/","title":{"rendered":"Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia Baharu tuntut hak negeri"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>PENAMPANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kepimpinan BN Sabah supaya mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>Beliau berkata perjanjian baharu\u00a0itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu dalam memugar\u00a0seterusnya mengembalikan hak\u00a0serta kepentingan Sabah namun pada masa sama,\u00a0menguatkan Persekutuan Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKita mesti mempunyai jalan keluar untuk isu ini. Ia telah berlarutan sekian lama dan rakyat Sabah mahukan jalan ke hadapan yang konkrit. Pada tahap rundingan\u00a0dan persefahaman yang berlangsung sekarang, saya rasa ia tidak menjurus kepada sebuah persefahaman dan persetujuan diharapkan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cMungkin kita memerlukan perjanjian baharu\u2026 MA63\u00a0pada pandangan saya, semangat dan aspirasinya adalah dalam konteks yang sangat berbeza. Zaman telah berubah. Malaysia juga telah banyak berbeza.<\/p>\n<p>\u201cMasa depan pula penuh dengan rahsia dan potensi luar biasa. Pastinya\u00a0kita mesti melihat semuanya dalam konteks masa depan, bukan lagi terus pegun dengan sejarah silam,\u201d katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Sabah di sini\u00a0hari ini.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Mohamad berkata aspirasi Perjanjian Malaysia Baharu mestilah\u00a0mengiktiraf hak-hak yang menjadi asas\u00a0kepada Sabah termasuk Sarawak\u00a0dan usaha mengembalikannya\u00a0juga harus sesuai dengan semangat pembentukan Malaysia serta kepentingan masa depan bersama.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cKita wajar mengusulkan perjanjian baharu ini kerana kita mesti memberikan dimensi baharu kepada sistem federalisme kita. Devolusi pemusatan kuasa di Pusat kepada semua wilayah dan negeri dalam Malaysia adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Persekutuan Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden UMNO itu berkata\u00a0BN Sabah juga perlu mengemukakan rancangannya dalam usaha meneroka segala potensi ekonomi negeri seiring hasrat parti untuk membangunkan Sabah menjadi kuasa besar baharu ekonomi untuk Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau berkata kedudukan Sabah yang sangat strategik serta dekat dengan Asia Timur manakala perkongsian\u00a0sempadan dengan negara Filipina, Brunei dan Indonesia\u00a0wajar dijadikan pemangkin untuk memperkasakan lagi pembangunan ekonomi negeri itu.<\/p>\n<p>\u201cPotensi dan sumber baharu mesti diteroka. Peralihan kepada ekonomi masa hadapan dalam pelbagai sektor asas seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan perindustrian mesti diarusperdanakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Mohamad berkata\u00a0semua pemimpin dan ahli BN khususnya di Sabah perlu memberi citra baharu dengan sentuhan serta imej berbeza yang berupaya menghasilkan gelombang biru lebih padu di negeri itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata Sabah adalah wilayah yang sangat penting dalam usaha membentuk kerajaan BN Persekutuan yang stabil\u00a0kerana tanpa Negeri Di Bawah Bayu, gabungan politik itu akan berdepan kesukaran untuk mendapat\u00a0majoriti diperlukan.<\/p>\n<p>\u201cTanpa kerusi dari Sabah, ketidakstabilan akan terus menjadi landskap politik Malaysia,\u201d katanya\u00a0sambil menambah\u00a0perjalanan BN di Sabah sangat unik dan sepanjang ia memerintah, kedudukan politik di negeri itu amat\u00a0stabil sehingga digelar \u2018simpanan tetap\u2019 BN.<\/p>\n<p>Mohamad juga mahu kepimpimpinan dan ahli BN mengambil pengajaran daripada episod Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 yang menyaksikan gabungan politik itu gagal mempertahan\u00a0kelangsungan membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Justeru, katanya Konvensyen BN Sabah adalah amat penting dalam menggembleng kesepaduan antara pemimpin dan ahli parti untuk mencetuskan semula gelombang BN di negeri itu.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kepimpinan BN Sabah supaya mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10829,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-10828","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10828","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10828"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10828\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10830,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10828\/revisions\/10830"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10829"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10828"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10828"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10828"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}