{"id":10833,"date":"2022-07-02T12:33:32","date_gmt":"2022-07-02T12:33:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10833"},"modified":"2022-07-02T12:33:32","modified_gmt":"2022-07-02T12:33:32","slug":"pru15-bn-sabah-ada-lima-pilihan-jika-rundingan-dengan-grs-tidak-berjalan-lancar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pru15-bn-sabah-ada-lima-pilihan-jika-rundingan-dengan-grs-tidak-berjalan-lancar\/","title":{"rendered":"PRU15: BN Sabah ada lima pilihan jika rundingan dengan GRS tidak berjalan lancar"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Barisan Nasional (BN) Sabah mempunyai lima pilihan sekiranya perbincangan mereka dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai kerjasama politik dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), akan datang tidak berjalan seperti diharapkan.<\/p>\n<p>Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ini termasuk dalam konteks pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan parti politik itu, bagi mengelakkan pertembungan pada\u00a0pilihan raya berkenaan.<\/p>\n<p>Bung Moktar, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah bagaimanapun, tidak menyatakan lima pilihan terbabit, kerana menyifatkan ia sebagai strategi parti.<\/p>\n<p>\u201cKita ada lima opsyen (pilihan). (Apakah antara lima pilihan itu?) Itu strategi,\u201d katanya ketika ditanya pemberita apakah BN Sabah bersedia bergerak sendiri pada PRU15, sekiranya perbincangan dengan GRS mengenai pembahagian kerusi tidak berjalan lancar.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutupan Konvensyen BN Sabah yang disempurnakan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap\u00a0Presiden UMNO\u00a0di sini\u00a0hari ini.<\/p>\n<p>Bung Moktar berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi dengan GRS sedang berjalan, namun sehingga kini masih belum membuahkan sebarang hasil.<\/p>\n<p>Terdahulu, Bung Moktar dalam ucapannya berkata\u00a0BN Sabah akan merangka strategi,\u00a0manifesto dan aku janji baharu\u00a0menjelang PRU15\u00a0yang\u00a0bersesuaian dengan kehendak rakyat, selain turut\u00a0merangkumi tawaran baharu dalam memperkasa pembangunan ekonomi sekali gus\u00a0mengeluarkan Sabah daripada kepompong kemiskinan.<\/p>\n<p>\u201cKita akan merubah ekonomi Sabah kerana Sabah ini adalah sebuah negeri berpotensi. BN Sabah akan menentukan hala tuju sebelum PRU akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai konvensyen, Bung Moktar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata\u00a0pemimpin dan ahli parti perlu menjadikan ia sebagai platform dalam menzahirkan solidariti yang akan diterjemahkan kepada satu kekuatan untuk memastikan kemenangan besar dalam PRU15.<\/p>\n<p>Kira-kira 5,000 pemimpin dan ahli daripada empat parti komponen BN Sabah merangkumi UMNO,\u00a0MCA, MIC dan PBRS menyertai konvensyen tersebut\u00a0bertemakan \u2018Kestabilan dan Kemakmuran\u2019.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Barisan Nasional (BN) Sabah mempunyai lima pilihan sekiranya perbincangan mereka dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai kerjasama politik dalam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10834,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-10833","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10833","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10833"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10833\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10835,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10833\/revisions\/10835"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10834"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10833"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10833"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10833"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}