{"id":10913,"date":"2022-07-10T04:53:42","date_gmt":"2022-07-10T04:53:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10913"},"modified":"2022-07-10T04:53:42","modified_gmt":"2022-07-10T04:53:42","slug":"berganding-bahu-tangani-inflasi-berkorban-bantu-golongan-miskin-perdana-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/berganding-bahu-tangani-inflasi-berkorban-bantu-golongan-miskin-perdana-menteri\/","title":{"rendered":"Berganding bahu tangani inflasi, berkorban bantu golongan miskin &#8211; Perdana Menteri"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Aidiladha yang akan disambut esok di Malaysia\u00a0mengajar umat Islam mensyukuri nikmat dikurniakan Allah SWT dan berkorban untuk membantu golongan memerlukan serta menginsafi nasib mereka yang lebih daif dengan melakukan kebajikan agar si miskin tidak terpinggir.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\u00a0berkata ia selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan beliau pada Ogos tahun lepas\u00a0iaitu memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan.<\/p>\n<p>Beliau berkata dalam mendepani cabaran ekonomi yang turut dihadapi seluruh dunia, kerajaan sedaya upaya berusaha menangani impak inflasi global termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan menyatukan semua kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelesaikan kesulitan yang dihadapi Keluarga Malaysia dengan segera.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak dapat melakukannya sendirian\u00a0sebaliknya memerlukan seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama berganding bahu menangani cabaran itu.<\/p>\n<p>&#8220;Ini adalah jihad kita bersama untuk memastikan ekonomi negara kembali pulih,&#8221; katanya dalam perutusan khas sempena Aidiladha 1443H yang bersiaran secara langsung di saluran televisyen tempatan malam ini.<\/p>\n<p>Ismail Sabri berkata berbekalkan semangat pengorbanan yang diamalkan, Keluarga Malaysia mampu menjadikan tanah air kalis cabaran, kukuh dan terus maju dalam mendepani apa jua situasi dan cabaran mendatang.<\/p>\n<p>Beliau berkata semangat toleransi yang berasaskan konsep Tasamuh dalam Islam turut menjadi antara elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.<\/p>\n<p>&#8220;Sikap berlapang dada membolehkan kita terus maju membangun dan mencegah diri daripada perbalahan yang hanya akan merugikan ummah.<\/p>\n<p>&#8220;Nilai Tasamuh ini turut tersemat erat dalam urusan ibadah haji. Ia\u00a0tidak membezakan status dan darjat sesama insan\u00a0malah menggambarkan sebuah keluarga besar yang rukun, aman damai dan bersatu padu,&#8221; katanya.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Perdana Menteri juga berkata kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu golongan daif adalah kebajikan yang diseru oleh Islam dan ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan serta kehambaan kita kepada Maha Pencipta.<\/p>\n<p>Ismail Sabri berkata perayaan Aidiladha yang berkait rapat dengan keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran memberi pengertian amat besar kepada umat Islam dalam meneruskan kehidupan lebih harmoni di sebalik pelbagai ketidaktentuan ketika ini,<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau juga\u00a0menyeru Keluarga Malaysia supaya mengetepikan perbezaan fahaman politik dan membuktikan keinsafan serta kesyukuran dengan bersama-sama meningkatkan martabat agama selain memupuk hubungan baik dengan rakan daripada keturunan dan agama lain.<\/p>\n<p>Beliau turut mendoakan agar urusan lebih 14,000 jemaah Malaysia di Makkah dipermudah\u00a0dan mereka dikurniakan haji mabrur.<\/p>\n<p>&#8220;Di kesempatan ini, saya dan\u00a0isteri serta seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Keluarga Malaysia yang beragama Islam walau di mana sahaja\u00a0anda berada,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Aidiladha yang akan disambut esok di Malaysia\u00a0mengajar umat Islam mensyukuri nikmat dikurniakan Allah SWT dan berkorban untuk membantu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10914,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10913","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10913","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10913"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10913\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10915,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10913\/revisions\/10915"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10913"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10913"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10913"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}