{"id":10931,"date":"2022-07-11T01:40:13","date_gmt":"2022-07-11T01:40:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=10931"},"modified":"2022-07-11T01:40:13","modified_gmt":"2022-07-11T01:40:13","slug":"gangguan-bekalan-elektrik-di-sabah-akibat-cuaca-tidak-menentu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/gangguan-bekalan-elektrik-di-sabah-akibat-cuaca-tidak-menentu\/","title":{"rendered":"Gangguan bekalan elektrik di Sabah akibat cuaca tidak menentu"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan bantuan kontraktor yang dilantik sedang giat melaksanakan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik yang terputus\u00a0akibat cuaca tidak menentususulan\u00a0angin kencang dan hujan lebat sejak dua hari lepas.<\/p>\n<p>Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Idris Mohd Noor, berkata angin kencang\u00a0serta hujan lebat yang melanda pantai barat dan pedalaman Sabah sejak Jumaat lalu menyebabkan tiang elektrik, pokok tumbang, hakisan tanah serta banjir kilat di beberapa kawasan.<\/p>\n<p>Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti banyak mengalami gangguan bekalan elektrik\u00a0 disebabkan kejadian ini adalah Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Tenom, Kota Belud, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.<\/p>\n<p>Kejadian ini turut mengakibatkan banyak pepasangan SESB mengalami kerosakan teruk dan seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan elektrik kepada pengguna.<\/p>\n<p>\u201cAnggota kerja teknikal SESB yang sedang bercuti menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha turut diarahkan untuk membantu dan mempercepatkan proses pemulihan\u00a0 bekalan elektrik di kawasan terlibat,\u201d katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini.<\/p>\n<p>Idris berkata pasukan SESB\u00a0siap sedia untuk bertugas berterusan dengan mengambil tindakan pembaikan atas semua aduan yang meningkat mendadak disebabkan cuaca tidak menentu\u00a0dan keutamaan kerja pemulihan ini diberikan kepada tempat kritikal seperti hospital dan melibatkan keselamatan pengguna.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, SESB amat menghargai kesabaran dan kerjasama pengguna sepanjang tempoh pemulihan bekalan ini dan SESB terus bersedia 24 jam memantau\u00a0 bekalan elektrik berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.<\/p>\n<p>Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan\u00a0cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam mulai hari ini hingga Rabu ini yang berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai.<\/p>\n<p>Keadaan itu boleh mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Labuan hingga\u00a0 Selasa ini dan negeri utara Semenanjung mulai esok hingga Rabu ini.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Sementara itu,\u00a0Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara, berkata kira-kira 40 kes kejadian pokok tumbang berlaku di negeri ini sejak malam tadi akibat angin kencang dan hujan lebat itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata laporan tertinggi diperoleh daripada daerah Kuala Penyu dengan 10 kes ini diikuti Penampang (8 kes), n lapan kes, Kota Kinabalu (5 kes ),Tuaran (4 kes)\u00a0 dan dan selebihnya di daerah lain termasuk Sipitang, Kunak, Kudat, Kimanis, Papar dan Beaufort.<\/p>\n<p>\u201cTiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat\u00a0ini,\u201d Orang ramai\u00a0dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengambil langkah keselamatan,\u201d katanya ketika dihubungi pemberita.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah,\u00a0\u00a0dalam kenyataan, memberitahu seorang wanita berusia 51 tahun cedera di bahagian bahu akibat dihempap pokok ketika berkebun di Kampung Kalanggan, Penampang, petang tadi.<\/p>\n<p>Pasukan bomba menerima laporan kejadian pada jam 3.12 petang dan mengalihkan pokok yang tumbang itu dengan bantuan orang kampung, sebelum mengeluarkan mangsa dan operasi tamat jam 5.59 petang tadi.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan bantuan kontraktor yang dilantik sedang giat melaksanakan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik yang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":10932,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-10931","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10931","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10931"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10931\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10933,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10931\/revisions\/10933"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10932"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10931"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10931"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10931"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}