{"id":11008,"date":"2022-07-17T01:29:24","date_gmt":"2022-07-17T01:29:24","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11008"},"modified":"2022-07-17T01:29:24","modified_gmt":"2022-07-17T01:29:24","slug":"mysejahtera-kemas-kini-terbaharu-bantu-pengguna-lihat-pantau-tahap-kesihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/mysejahtera-kemas-kini-terbaharu-bantu-pengguna-lihat-pantau-tahap-kesihatan\/","title":{"rendered":"MySejahtera: Kemas kini terbaharu bantu pengguna lihat, pantau tahap kesihatan"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera kini berubah wajah dengan penampilan ciri-ciri\u00a0baharu\u00a0dalam memberi\u00a0informasi terkini berhubung tahap kesihatan pengguna.<\/p>\n<p>Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter, memaklumkan\u00a0ciri-ciri baharu itu dilihat membantu pengguna untuk memantau dan mendapatkan\u00a0maklumat mengenai tahap kesihatan mereka dengan lebih terperinci.<\/p>\n<p>Katanya, rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat menerusi aplikasi tersebut sekali gus menyeru agar Keluarga Malaysia mengemas kini aplikasi berkenaan untuk mendapatkan ciri-ciri baharu itu bermula hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Dalam hantaran sama, Khairy\u00a0turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan\u00a0ciri-ciri baharu selepas dikemas kini, yang memaparkan butiran kesihatan\u00a0pengguna aplikasi berkenaan seperti ketinggian, tekanan darah dan\u00a0berat badan.<\/p>\n<p>MySejahtera dilancarkan pada 20 April 2020 dan\u00a0berfungsi sebagai aplikasi \u2018pusat sehenti\u2019 yang memudahkan pengguna mendapatkan informasi dan pemantauan\u00a0berhubung wabak COVID-19 ketika negara dilanda pandemik sebelum ini.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Bagaimanapun, sejak 1 Mei lepas, penggunaan aplikasi imbasan kod QR menerusi MySejahtera\u00a0untuk memasuki premis sudah tidak diwajibkan berikutan negara mula\u00a0beralih menuju ke fasa endemik.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Aplikasi MySejahtera boleh dikemas kini menerusi aplikasi Google Playstore bagi pengguna android dan Apple App Store (pengguna IOS).<\/p>\n<p>Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM), menerusi kenyataan,\u00a0memaklumkan\u00a0ciri paparan rekod saringan akan memaparkan maklumat kesihatan pengguna yang menjalankan saringan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di klinik kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Di bawah modul ini terdapat maklumat mengenai ketinggian, berat badan, BMI, jenis darah, laporan kesihatan, laporan keputusan ujian makmal dan rekod vaksinasi.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi mereka menjalankan saringan kesihatan dikelolakan agensi seperti ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (PHCorp) melalui program PeKa B40, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Health Screening Program (HSP), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan lain-lain hanya akan dipaparkan dalam masa terdekat,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>KKM menjelaskan\u00a0mereka yang menjalankan saringan kesihatan sendiri atau\u00a0telah mendapatkan suntikan imunisasi di fasiliti kesihatan swasta, rekod saringan kesihatan atau imunisasi boleh dimuat naik oleh pusat tersebut.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu bagi rekod imunisasi pula dapat dilihat setelah bayi yang baru dilahirkan diberikan suntikan imunisasi Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan.<\/p>\n<p>&#8220;Suntikan imunisasi yang akan terpapar di MySejahtera adalah seperti Tetanus, Hepatitis B, Haemophilis Influenza, Diphteria (D), Tetanus (T) dan Acelullar Pertussia (AP) (DTAP), Measles, Mumps dan Rubella (MMR), Japanese Encephalitis (JE) dan COVID-19,&#8221; jelas kenyataan itu.<\/p>\n<p>Menurut KKM,\u00a0orang ramai masih boleh memilih untuk menggunakan MySejahtera untuk menyimpan rekod vaksinasi anak mereka serta menggunakan buku rekod imunisasi.<\/p>\n<p>KKM merancang agar MySejahtera menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan seperti trend kesihatan, tempahan janji temu kesihatan, perkhidmatan telekonsultasi, input saringan kesihatan kendiri, ikrar menderma organ, urusan berkenaan preskripsi atau ubat-ubatan dan lain-lain.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera kini berubah wajah dengan penampilan ciri-ciri\u00a0baharu\u00a0dalam memberi\u00a0informasi terkini berhubung tahap kesihatan pengguna. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11009,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-11008","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11008","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11008"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11008\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11010,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11008\/revisions\/11010"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11009"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11008"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11008"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11008"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}