{"id":11083,"date":"2022-07-22T00:39:20","date_gmt":"2022-07-22T00:39:20","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11083"},"modified":"2022-07-22T00:39:20","modified_gmt":"2022-07-22T00:39:20","slug":"mou-antara-kerajaan-ph-berkuat-kuasa-sehingga-parlimen-dibubar-annuar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/mou-antara-kerajaan-ph-berkuat-kuasa-sehingga-parlimen-dibubar-annuar\/","title":{"rendered":"MoU antara kerajaan, PH berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubar &#8211; Annuar"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) akan terus berkuat kuasa\u00a0sehingga Parlimen dibubarkan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata ia terpulang kepada pihak yang menandatangani perjanjian itu, sekiranya ingin menyemak semula perkara berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata MoU sedia ada tidak mempunyai tarikh luput tetapi dicatatkan di bawah Perkara 3(1) bahawa MoU itu berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani hingga parlimen dibubarkan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201c&#8230;\u00a0setakat MoU yang sedia ada, masih kekal berkuat kuasa,\u00a0cuma kekeliruan timbul kerana ada satu klausa dalam MoU itu yang menyatakan kerajaan tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai.<\/p>\n<p>\u201cJadi, tidak ada usul pembubaran Parlimen sehingga akhir bulan ini.\u00a0Kalau selepas bulan ini (klausa Parlimen dibubarkan)\u2026\u00a0\u00a0terpulang kepada Perdana Menteri dan kerajaan,\u201d katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Annuar diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa UMNO tegas untuk tidak melakukan sebarang lanjutan MoU\u00a0antara kerajaan dengan PH.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Annuar berkata MoU itu bukan melibatkan parti (UMNO)\u00a0tetapi ia adalah antara PH dan Perdana Menteri untuk mengekalkan kestabilan politik.<\/p>\n<p>Katanya MoU berkenaan\u00a0bukan hanya melibatkan soal pembubaran Parlimen\u00a0namun meliputi pelbagai perkara lain yang dicapai antara Perdana Menteri dan\u00a0pembangkang.<\/p>\n<p>Memorandum berkenaan mempunyai enam agenda merangkumi\u00a0pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Ditanya mengenai cadangan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Annuar berkata soal\u00a0jawatan itu tidak perlu difikirkan\u00a0sebaliknya\u00a0lebih baik memfokus\u00a0kepada masalah rakyat yang sedang berdepan kenaikan harga barangan ketika ini.<\/p>\n<p>\u201cKita (harus) terus bekerja sebagai satu pasukan dan lebih baik lagi kalau pembangkang juga turut memberikan kerjasama mengekalkan kestabilan supaya kita boleh berfungsi sebagai sebuah kerajaan.<\/p>\n<p>\u201c\u2026\u00a0kalau kita rasa sudah sampai (masa) hendak mengadakan pilihan raya, eloklah segera kita adakan\u2026 tetapi pada masa ini, pada saya polemik politik ada baiknya dikurangkan dan kita tumpu untuk berkhidmat kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) akan terus berkuat kuasa\u00a0sehingga&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":9716,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-11083","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11083","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11083"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11083\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11084,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11083\/revisions\/11084"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11083"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11083"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11083"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}