{"id":11091,"date":"2022-07-22T22:46:14","date_gmt":"2022-07-22T22:46:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11091"},"modified":"2022-07-22T22:46:52","modified_gmt":"2022-07-22T22:46:52","slug":"unit-marin-spsb-akan-tingkatkan-perkhidmatan-luar-pesisiran-dan-daratan-pelabuhan-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/unit-marin-spsb-akan-tingkatkan-perkhidmatan-luar-pesisiran-dan-daratan-pelabuhan-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Unit Marin SPSB akan tingkatkan perkhidmatan luar pesisiran dan daratan pelabuhan &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Unit Marin yang ditubuhkan di bawah Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) akan meningkatkan perkhidmatan luar pesisiran dan daratan pelabuhan sekali gus meningkatkan kecekapan\u00a0syarikat itu, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.<\/p>\n<p>Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata unit tersebut yang ditubuhkan pada tahun lepas akan menyokong perniagaan SPSB melalui penyediaan perkhidmatan sampingan dan nasihat marin.<\/p>\n<p>\u201cSebuah Pusat Setempat turut ditubuhkan sebagai sebuah pusat pemprosesan, selain mewujudkan kemudahan dan nilai tambah untuk para pelanggan,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan unit itu\u00a0di sini hari ini.<\/p>\n<p>Katanya hala tuju ini selaras dengan menaik taraf perkhidmatan pelabuhan dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada industri dengan menawarkan solusi marin yang dipertingkatkan dan bersepadu.<\/p>\n<p>\u201cPerkhidmatan seperti kapal tunda pelabuhan, tundaan dan tarikan dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat,\u201d katanya.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Bung Moktar berkata skop Unit Marin ini menawarkan pelbagai perkhidmatan marin yang merangkumi bantuan hidrografi dan navigasi, kawalan lalu lintas marin dan armada marin.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSejak ditubuhkan, projek utama Unit Marin ini termasuklah menstrukturkan pasukan Pengawal Trafik Marin untuk mengendalikan Sistem Pemantauan dan Maklumat Trafik Kapal (VTMIS),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Katanya kerjasama dengan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah serta Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, VTMIS turut berfungsi untuk meningkatkan keselamatan pelayaran dalam had kawasan perairan pelabuhan Sabah melalui pengawasan dan pemantauan, meningkatkan kecekapan dalam pergerakan lalu lintas serta melindungi persekitaran marin.<\/p>\n<p>Katanya unit itu turut memainkan peranan penting dalam menjayakan penyertaan sulung SPSB dalam operasi bunker\u00a0gas asli cecair (LNG)\u00a0dengan menyediakan perkhidmatan sokongan marin selepas SPSB dilantik sebagai Penyedia Perkhidmatan Utama bagi operasi bunker LNG pertama PETRONAS di Sabah.<\/p>\n<p>Beliau berkata Unit Marin juga telah berjaya menubuhkan Pangkalan Utama Offshore Pelabuhan Kota Kinabalu yang menyediakan kemudahan asas kepada pengeluar minyak dan gas di Pelabuhan Kota Kinabalu.<\/p>\n<p>\u201cSPSB turut melihat peluang untuk memanfaatkan kedudukan strategik Sandakan di antara Australia dan negara-negara Asia Timur dengan menyediakan perkhidmatan marin sampingan kepada kapal-kapal laut yang melalui laluan sibuk ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bung Moktar berkata penubuhan unit itu seiring dengan pengembangan Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) dalam menampung jangkaan peningkatan jumlah dan saiz kapal serta aktiviti pemindahan sebaik sahaja fasa awal memperluas SBCP selesai.<\/p>\n<p>\u201cUnit Marin ini akan memudahkan perjalanan kapal\u00a0yang ingin berlabuh dan bertolak. Ini akan memberi kelebihan dan tarikan kepada kapal-kapal luar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Katanya sebanyak RM 1.03 bilion telah diperuntukkan untuk projek mega SBCP termasuklah memanjangkan jeti daripada 500 meter kepada 1 kilometer bagi membolehkan lebih banyak kapal berlabuh.<\/p>\n<p>Beliau berkata projek itu telah\u00a0dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.<\/p>\n<p>\u201cKapasiti pengendalian terminal juga akan diperluas daripada 500,000 TEU kepada 1.25 juta TEU. Kira-kira 13 hektar tanah akan ditebus guna untuk projek ini termasuk memperluas tapak ruangan bagi kontena,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dengan kapasiti itu, katanya SBCP akan dapat mengendalikan kapal laut utama jenis generasi kelima untuk memenuhi strategi rangkaian \u2018hub and spoke\u2019 dan kapal pengangkut dari pelabuhan muatan ke pelabuhan transit di sekitar rantau ini.<\/p>\n<p>SPSB merupakan anak syarikat milik penuh\u00a0Suria Capital Holdings Berhad, yang mengambil alih pengurusan pelabuhan di negeri ini daripada Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan\u00a0Sabah bermula 1 Sept 2004, dan pada masa ini menguruskan lapan pelabuhan di Sabah.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Unit Marin yang ditubuhkan di bawah Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) akan meningkatkan perkhidmatan luar pesisiran dan daratan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":7768,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-11091","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11091","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11092,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11091\/revisions\/11092"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7768"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}