{"id":11099,"date":"2022-07-24T02:09:18","date_gmt":"2022-07-24T02:09:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11099"},"modified":"2022-07-24T02:09:18","modified_gmt":"2022-07-24T02:09:18","slug":"pembahagian-kerusi-bn-pada-pru15-diputuskan-pemimpin-tertinggi-tok-mat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pembahagian-kerusi-bn-pada-pru15-diputuskan-pemimpin-tertinggi-tok-mat\/","title":{"rendered":"Pembahagian kerusi BN pada PRU15 diputuskan pemimpin tertinggi &#8211; Tok Mat"},"content":{"rendered":"<p>ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua pemimpin parti komponen gabungan itu di peringkat bahagian dan negeri tidak membincangkan isu pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).<\/p>\n<p>Beliau berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pemimpin di peringkat tertinggi dan Biro Politik BN untuk diputuskan bagi menjaga keharmonian serta mengelakkan situasi tidak senang dalam gabungan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Saya telahpun memberi nasihat dalam mesyuarat BN pagi tadi supaya pembahagian kerusi ini jangan sentuh dahulu, pembahagian kerusi ini serahkan kepada presiden parti dan Biro Politik BN. Kita akan bentangkan kita punya strategi dan di situ,\u00a0kita akan lihat semua perkara secara keseluruhan.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Kita tidak mahu nanti kerana ada pula di peringkat bahagian dan di peringkat negeri mengatakan mahu kerusi itu dan ini, nanti akan mewujudkan perasaan tidak sihat antara satu sama lain dalam BN,&#8221; katanya\u00a0kepada pemberita selepas pertemuan bersama jentera pilihan raya BN dan penyerahan tauliah pelantikan pengerusi pusat daerah mengundi seluruh Kedah di sini\u00a0hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad berkata sekiranya pembahagian kerusi telah diputuskan di peringkat tertinggi, beliau yakin pemimpin di peringkat negeri dan bahagian akan dapat menerima keputusan itu.<\/p>\n<p>Katanya\u00a0setakat ini, status quo kedudukan kerusi antara parti komponen BN masih kekal dan pemimpin di peringkat tertinggi juga belum membincangkan perkara itu.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata\u00a0buat masa ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai persiapan BN di peringkat negeri dan bahagian seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya serta akan membuat laporan mengenai perkara itu untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n<p>Mohamad, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata pihaknya telah menulis surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung permohonan meminda perlembagaan parti itu dan berharap\u00a0jabatan tersebut dapat memberikan keputusan selewat-lewatnya 31 Julai ini.<\/p>\n<p>&#8220;Bagilah jawapan &#8216;ya&#8217; ataupun &#8216;tidak,&#8217;\u00a0kalau &#8216;ya&#8217; syukur Alhamdulillah, kalau \u2018tidak\u2019 kami perlu buat rayuan kepada Menteri (Dalam Negeri). Kami perlu bersedia\u00a0kerana tempoh kami sebagai pemegang jawatan dalam parti sampai hujung tahun ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Kalau perlu buat pemilihan parti, kena buat mesyuarat di peringkat cawangan&#8230;\u00a022,000 lebih cawangan dan 191 bahagian bukan sesuatu yang mudah, kami tidak mahu sehingga parti ini terbubar\u00a0pendaftarannya,&#8221; kata beliau.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua pemimpin parti komponen gabungan itu di peringkat&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":11100,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-11099","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11099","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11099"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11099\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11101,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11099\/revisions\/11101"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11099"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11099"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11099"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}