{"id":11148,"date":"2022-07-28T01:48:41","date_gmt":"2022-07-28T01:48:41","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11148"},"modified":"2022-07-28T01:48:41","modified_gmt":"2022-07-28T01:48:41","slug":"penggulungan-pengundian-rang-undang-undang-berkaitan-larangan-lompat-parti-tumpuan-dewan-rakyat-hari-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penggulungan-pengundian-rang-undang-undang-berkaitan-larangan-lompat-parti-tumpuan-dewan-rakyat-hari-ini\/","title":{"rendered":"Penggulungan, pengundian rang undang-undang berkaitan larangan lompat parti tumpuan Dewan Rakyat hari ini"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada ucapan penggulungan dan pengundian bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka menggulung perbahasan rang undang-undang itu pada 2.30 petang.<\/p>\n<p>Rang undang-undang itu memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen untuk diluluskan di Dewan Rakyat.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang\u00a0rasmi Parlimen, perbahasan bagi rang undang-undang itu akan disambung bagi hari kedua selepas sesi soal jawab lisan.<\/p>\n<p>Seramai 41 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada perbahasan rang undang-undang itu semalam.<\/p>\n<p>Soalan berhubung pembangunan masyarakat Orang Asli bakal diajukan Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang mahu Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan perkembangan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Pada sesi soal jawab pula, Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik mengikut negeri bagi kes pinjaman wang tidak berlesen seperti Along, \u201cscammer\u201d, dan judi dalam talian di Malaysia.<\/p>\n<p>Turut tersenarai, soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkaitan langkah kementerian dalam memastikan bekalan ayam dan telur ayam tidak terputus dan mampu dibeli rakyat dengan harga berpatutan.<\/p>\n<p>Selain itu, isu vaksin COVID-19 akan diajukan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah kanak-kanak yang belum mendapat suntikan vaksin dan inisiatif kerajaan untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat suntikan vaksin COVID-19.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada ucapan penggulungan dan pengundian bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":3447,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-11148","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11148","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11148"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11148\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11149,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11148\/revisions\/11149"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3447"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11148"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11148"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11148"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}