{"id":11153,"date":"2022-07-28T07:24:17","date_gmt":"2022-07-28T07:24:17","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11153"},"modified":"2022-07-28T07:24:17","modified_gmt":"2022-07-28T07:24:17","slug":"majlis-tertinggi-pn-kecewa-dengan-ismail-sabri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/majlis-tertinggi-pn-kecewa-dengan-ismail-sabri\/","title":{"rendered":"Majlis Tertinggi PN kecewa dengan Ismail Sabri"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) kecewa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana dilihat \u201ctidak bersungguh\u201d memenuhi \u201cterma-terma penting\u201d perjanjiannya dengan gabungan itu, yang menyokong beliau menjadi perdana menteri.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PN mahu menghantar perwakilan untuk menemui Ismail bagi membincangkan pelaksanaan \u201cterma-terma perjanjian\u201d dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Kekecewaan itu dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi PN, yang dihadiri presiden semua parti komponen.<\/p>\n<p>\u201cMesyuarat melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan perdana menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting yang terkandung.<\/p>\n<p>Hamzah bagaimanapun tidak menyatakan terma-terma yang dikatakan itu dalam kenyataannya hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini didedahkan bahawa Ismail menandatangani perjanjian dengan PN sebelum naib presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri ke-9 pada Ogos 2021.<\/p>\n<p>Menurut salinan perjanjian yang dibocorkan baru-baru ini, jawatan timbalan perdana menteri telah dijanjikan kepada tonggak PN, Bersatu.<\/p>\n<p>Pada 2 Julai, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah bertemu dengan Ismail untuk membincangkan pelantikan politik, termasuk jawatan timbalan perdana menteri, seperti yang dipersetujui sebelum ini apabila gabungan itu memutuskan untuk menyokong kerajaan Ismail.<\/p>\n<p>Beliau juga berkata, pelantikan timbalan perdana menteri adalah antara syarat perjanjian antara PN dan Ismail.<\/p>\n<p>Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kemudian membidas Muhyiddin kerana \u201ctersilap keutamaan\u201d apabila membangkitkan perkara itu pada masa rakyat sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Presiden PAS Abdul Hadi Awang menafikan wujudnya perjanjian rasmi antara PN dan Ismail, tetapi Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan kemudiannya mengaku merangka \u201cmemorandum perjanjian\u201d antara kedua-dua pihak pada Ogos 2021.<\/p>\n<p>Sementara itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan anggota Jemaah Menteri daripada parti itu mendakwa tidak dimaklumkan mengenai perjanjian tersebut.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) kecewa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana dilihat \u201ctidak bersungguh\u201d memenuhi \u201cterma-terma&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":862,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-11153","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11153","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11153"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11153\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11154,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11153\/revisions\/11154"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/862"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11153"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11153"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11153"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}