{"id":11193,"date":"2022-08-01T00:14:01","date_gmt":"2022-08-01T00:14:01","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11193"},"modified":"2022-08-01T00:14:01","modified_gmt":"2022-08-01T00:14:01","slug":"grs-tiada-bantahan-bentang-rang-undang-undang-anti-lompat-parti-di-dun-masidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/grs-tiada-bantahan-bentang-rang-undang-undang-anti-lompat-parti-di-dun-masidi\/","title":{"rendered":"GRS tiada bantahan bentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di DUN &#8211; Masidi"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiada bantahan terhadap pembentangan rang undang-undang anti lompat parti di Dewan Undangan Negeri\u00a0(DUN) itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun.<\/p>\n<p>Beliau berkata bagaimanapun, pemimpin parti komponen GRS perlu membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut dan yakin pembentangan rang undang-undang tersebut di DUN Sabah boleh direalisasikan.<\/p>\n<p>Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu juga berkata rang undang-undang tersebut mampu mewujudkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan adalah sesuatu yang baik untuk politik Sabah.<\/p>\n<p>\u201cPersoalannya ialah bila, adakah kita perlu mengadakan sidang khas untuk membahaskan rang undang-undang itu\u00a0atau mungkin kita ingin pertimbang\u00a0pelulusannya semasa sesi belanjawan yang dijadualkan sama ada pada November atau Disember&#8230;<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, saya tidak begitu pasti kerana saya bukan Speaker (DUN Sabah),\u00a0saya tidak boleh memutuskan agenda mana yang perlu diputuskan (dalam sidang DUN) namun apa yang ingin saya katakan ialah kami tiada bantahan terhadap pembentangan rang undang-undang itu,\u201d katanya.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri serta pelancaran Bulan Kebangsaan dan kempen Kibarkan\u00a0Jalur Gemilang di Padang Merdeka di sini yang dirasmikan oleh\u00a0Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Khamis lepas, Rang Undang-Undang Perlembagaan\u00a0(Pindaan) (No. 3) 2022 bagi mewujudkan larangan Ahli Parlimen bertukar parti menerima sokongan lebih dua pertiga dengan 209 daripada 220 Ahli Dewan Rakyat menyokong.<\/p>\n<p>Pada hari sama, Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili\u00a0yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri\u00a0(Hal Ehwal Sabah dan\u00a0Sarawak) berkata adalah penting bagi DUN Sabah dan\u00a0Sarawak untuk segera membentangkan undang-undang anti lompat parti kerana pindaan itu tidak terpakai kepada kedua-dua DUN.<\/p>\n<p>Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)\u00a0Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau\u00a0telah dimaklumkan bahawa Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan\u00a0Negeri Sembilan akan meminda perlembagaan masing-masing bagi membolehkan pindaan itu dikuatkuasakan di peringkat negeri.<\/p>\n<p>&#8211; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiada bantahan terhadap pembentangan rang undang-undang anti lompat parti di Dewan Undangan Negeri\u00a0(DUN) itu,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1431,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-11193","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11193","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11193"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11193\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11194,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11193\/revisions\/11194"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11193"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11193"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11193"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}