{"id":11233,"date":"2022-08-04T01:12:54","date_gmt":"2022-08-04T01:12:54","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11233"},"modified":"2022-08-04T01:12:54","modified_gmt":"2022-08-04T01:12:54","slug":"sabah-berpotensi-besar-dalam-kerjasama-rentas-sempadan-bimp-eaga-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-berpotensi-besar-dalam-kerjasama-rentas-sempadan-bimp-eaga-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Sabah berpotensi besar dalam kerjasama rentas sempadan BIMP-EAGA &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah mempunyai banyak potensi dalam kerjasama rentas sempadan melibatkan sektor ekonomi yang diperuntukkan oleh Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.<\/p>\n<p>Beliau berkata sektor keutamaan yang diperuntukkan oleh BIMP-EAGA sesuai dengan inisiatif Sabah Maju Jaya, pelan pembangunan lima tahun strategik negeri itu.<\/p>\n<p>Bung Moktar mengetengahkan sektor seperti pengangkutan; tenaga dan sambung kuasa; perdagangan dan pelaburan; maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT); agroindustri dan perikanan; pelancongan; persekitaran; sosial-budaya dan pendidikan sebagai sektor keutamaan.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cBidang kerjasama harus menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi termasuk modal insan, kesejahteraan rakyat dan infrastruktur hijau.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah bukti bahawa kami berada di landasan yang betul melalui agenda pembangunan kami dan inisiatif lain yang tepat pada masanya,&#8221; katanya ketika merasmikan Pameran dan Persidangan BIMP-EAGA 2022 di sini hari ini.<\/p>\n<p>Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu\u00a0Menteri Kewangan Sabah, Jasnih Daya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Acara dua hari\u00a0bertemakan \u201cRoad to R.I.S.E\u201d (Berdaya tahan, Inklusif, Mampan dan Ekonomi Berdaya Saing) itu\u00a0dihoskan oleh Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan Sabah Ports Sdn Bhd.<\/p>\n<p>Objektif acara itu adalah untuk mempromosikan serta memudahkan pembangunan perdagangan dan ekonomi di seluruh wilayah BIMP-EAGA melalui pengangkutan dan logistik.<\/p>\n<p>Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pemindahan\u00a0ibu negara\u00a0Indonesia ke Nusantara di Kalimantan dijangka menghasilkan\u00a0limpahan ekonomi yang akan memanfaatkan\u00a0Sabah melalui sempadan dan Malaysia secara keseluruhan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cIni akan menambah baik\u00a0hubungan sedia ada antara kedua-dua negara daripada segi ekonomi, sosial dan politik dalam masa terdekat. Kami mengharapkan lebih banyak kerjasama sepanjang tahun dengan Brunei dan Filipina,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bung Moktar juga berkata Sabah yakin BIMP-EAGA akan mempercepatkan pembangunan ekonomi; meningkatkan daya saing eksport dan meningkatkan daya tarikan rantau ini kepada pelabur tempatan dan asing pada tahun-tahun akan datang.<\/p>\n<p>Melalui pembangunan BIMP-EAGA ke tahun 2025 berpandukan teras strategik jangka panjang untuk mempertingkatkan ketersambungan di dalam dan di luar kawasan pertumbuhannya, ia akan mewujudkan subrantau\u00a0itu sebagai bakul makanan di ASEAN dan seluruh Asia, katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Suria Capital Holdings Bhd, Datuk Ng Kiat Min berkata di bawah rangka tindakan BIMP-EAGA Visi 2025, pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapanggar (SBCP) Sabah disenaraikan sebagai projek keutamaan yang dirancang\u00a0untuk menambah baik\u00a0kesalinghubungan\u00a0yang dipertingkatkan melalui infrastruktur pelabuhan yang dinaik taraf. .<\/p>\n<p>Ng yang juga pengarah urusan Sabah Ports Sdn Bhd berkata lokasi strategik SBCP di sepanjang laluan perkapalan utama perdagangan laut Asia Timur serta Sabah yang berada di tengah-tengah wilayah BIMP-EAGA telah menjadikan SBCP sebagai pintu masuk pilihan.<\/p>\n<p>\u201cSabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia dan membentuk sebahagian daripada Borneo. Dilalui oleh kapal-kapal yang melalui laluan perkapalan utama dan lain-lain dari\u00a0Asia, SBCP berpotensi menjadi lokasi berpusat untuk kargo dalam perjalanan ke BIMP-EAGA yang lebih besar, Timur Jauh, Eropah dan Timur Tengah.<\/p>\n<p>&#8220;Kami berhasrat untuk memanfaatkan kekuatan ini dengan mewujudkan hab penyatuan untuk menjana lebih banyak trafik sekali gus meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dengan menetapkan SBCP sebagai pelabuhan hab, Ng berkata ia akan memperkukuh rangkaian yang lebih sistematik untuk pelabuhan yang lebih kecil untuk berhubung dengan pasaran yang lebih besar, sekali gus memenuhi matlamat EAGA yang kritikal untuk merapatkan jurang pembangunan yang kini wujud di kawasan kurang membangun.<\/p>\n<p>\u201cDengan mengoptimumkan dan mensinergikan pelabuhan dan rangkaian pengangkutan kami, ia berpotensi membawa kepada pengurangan kos logistik melalui peningkatan prestasi logistik dan rantaian bekalan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah mempunyai banyak potensi dalam kerjasama rentas sempadan melibatkan sektor ekonomi yang diperuntukkan oleh Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":7768,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-11233","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11233","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11233"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11233\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11234,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11233\/revisions\/11234"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7768"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11233"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11233"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11233"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}