{"id":11305,"date":"2022-08-09T05:54:15","date_gmt":"2022-08-09T05:54:15","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11305"},"modified":"2022-08-09T05:54:15","modified_gmt":"2022-08-09T05:54:15","slug":"atb-2-patahkan-penyeludupan-rokok-bernilai-rm420000-%ef%bf%bc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/atb-2-patahkan-penyeludupan-rokok-bernilai-rm420000-%ef%bf%bc\/","title":{"rendered":"ATB 2 patahkan penyeludupan rokok bernilai RM420,000 \ufffc"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan sindiket\u00a0penyeludupan rokok susulan kejayaan merampas 3,500 karton rokok dianggarkan bernilai RM420,000 termasuk cukai.<\/p>\n<p>Komandernya, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad, berkata rampasan itu dilakukan di sebuah stor di Kampung Sri Aman kira-kira jam 1.30 pagi tadi.<\/p>\n<p>Katanya, semasa rondaan Op Benteng Bersama, pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) mengesan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang memunggah beberapa buah kotak ke dalam sebuah stor.<\/p>\n<p>\u201cApabila menyedari kehadiran pasukan QRF berhampiran kawasan itu, kedua-dua lelaki tersebut bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.<\/p>\n<p>\u201cPemeriksaan awal di stor tersebut mendapati ia digunakan bagi tujuan transit penyimpanan rokok seludup daripada Indonesia ke pasaran daerah ini.<\/p>\n<p>\u201cHasil pemeriksaan mendapati terdapat 3,500 karton rokok seludup berjenama\u00a0<em>Astro Menthol King<\/em>\u00a0yang dianggarkan bernilai RM420,000,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pasukan QRF melaporkan kejadian tersebut kepada pegawai bertugas di Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) berpusat di Markas ATB 2 dan POWB telah meminta bantuan daripada pasukan Operasi Cegah PATI (OCP) Daratan bagi membantu proses serahan barang rampasan.<\/p>\n<p>Abdul Karim berkata, ATB 2 percaya kegiatan ini turut melibatkan sindiket warga tempatan dan warga asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar daerah ini.<\/p>\n<p>Kemudian semua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah pada pukul 8.45 pagi untuk siasatan serta tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.<\/p>\n<p>Menurut beliau, ATB 2 juga turut melaksanakan atur gerak operasi dengan pelbagai kaedah seperti menggabungkan semua aset serta elemen pengawasan secara terkoordinasi bagi memastikan perairan Sabah sentiasa terkawal.<\/p>\n<p>Pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pencerobohan atau penyeludupan serta ancaman keselamatan demi menjaga kedaulatan dan kemakmuran negara, khasnya di pantai timur Sabah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan sindiket\u00a0penyeludupan rokok susulan kejayaan merampas 3,500 karton rokok dianggarkan bernilai RM420,000&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11306,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-11305","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11305","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11305"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11305\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11307,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11305\/revisions\/11307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11306"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11305"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11305"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11305"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}