{"id":11418,"date":"2022-08-20T02:41:39","date_gmt":"2022-08-20T02:41:39","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11418"},"modified":"2022-08-20T02:41:39","modified_gmt":"2022-08-20T02:41:39","slug":"tiada-usul-tamatkan-kerjasama-dengan-umno-dibawa-ke-muktamar-pas-takiyuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tiada-usul-tamatkan-kerjasama-dengan-umno-dibawa-ke-muktamar-pas-takiyuddin\/","title":{"rendered":"Tiada usul tamatkan kerjasama dengan UMNO dibawa ke Muktamar PAS &#8211; Takiyuddin"},"content":{"rendered":"<p>ALOR SETAR: PAS tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN)\u00a0untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 pada 3 dan 4 Sept ini.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sebaliknya\u00a0berkata terdapat PAS peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN sejajar dengan pendirian parti itu.<\/p>\n<p>&#8220;Kita ada 197 kawasan PAS di seluruh negara yang\u00a0menghantar usul\u00a0kepada PAS Pusat dan setakat ini kita belum memuktamadkan usul-usul diterima tanpa bahas dan usul-usul yang akan dibahaskan pada muktamar kali ini.<\/p>\n<p>Antara usul yang memang dibangkitkan ialah berkenaan MN tapi\u00a0tidak lebih daripada kita menekankan isu penyatuan ummah dan setakat ini tiada usul diterima bercanggah dengan pendirian PAS,&#8221; katanya pada sidang media di sini semalam.<\/p>\n<p>Beliau berkata\u00a0pendirian PAS berkaitan penyatuan ummah amat jelas yang bukan sahaja terhad dengan UMNO, tetapi juga parti lain dalam menjamin kestabilan politik demi kesejahteraan negara.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Takiyuddin berkata PAS juga sedang berusaha mencari jalan bagi mengelak\u00a0pertembungan dengan UMNO pada\u00a0Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilihat akan merugikan dalam konteks penyatuan ummah.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Kita masuk pilihan raya kita mahu menang, ada situasi apabila\u00a0pertandingan lebih\u00a0dua penjuru, kedua-dua pihak yang terlibat dalam penyatuan ummah ini kalah dan yang menang pihak ketiga, jadi saya boleh mengesahkan bahawa usaha untuk mengelakkan perkara itu menjadi keutamaan kita,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Takiyuddin berkata seramai 1,300 perwakilan akan menyertai muktamar tahunan kali ini yang akan berlangsung di Kompleks PAS Kedah\u00a0di sini, yang bermungkinan menjadi muktamar terakhir parti itu\u00a0sebelum PRU15 akan datang.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau berkata\u00a0PAS turut menjemput wakil daripada semua parti komponen dalam Perikatan Nasional, pimpinan tertinggi UMNO serta pengerusi Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad.<\/p>\n<p>&#8220;Kita turut menjemput perwakilan daripada parti-parti politik luar negara terutama yang melibatkan gerakan Islam, wakil kedutaan di negara ini&#8230;bagaimanapun setakat ini semua jemputan\u00a0belum ada lagi pengesahan kehadiran,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata\u00a0sejajar dengan muktamar kali ini, PAS turut mengadakan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, Muktamar Dewan Ulama\u00a0PAS, Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat, Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS dan Konvensyen Assabiqun (veteran) PAS pada 1 dan 2 Sept.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR: PAS tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN)\u00a0untuk dibawa dan diputuskan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11419,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-11418","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11418","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11418"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11418\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11420,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11418\/revisions\/11420"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11419"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11418"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11418"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11418"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}