{"id":11465,"date":"2022-08-24T00:50:56","date_gmt":"2022-08-24T00:50:56","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11465"},"modified":"2022-08-24T00:50:56","modified_gmt":"2022-08-24T00:50:56","slug":"rm6-6-juta-untuk-projek-jalan-raya-jambatan-saluran-paip","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rm6-6-juta-untuk-projek-jalan-raya-jambatan-saluran-paip\/","title":{"rendered":"RM6.6 Juta untuk projek jalan raya, jambatan saluran paip"},"content":{"rendered":"<p>KOTA MARUDU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM6.6 juta bagi membangunkan dua projek infrastruktur dijangka bermula November ini.<\/p>\n<p>Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek itu melibatkan kerja-kerja melebarkan jalan raya berkembar\u00a0 Pekan Kota Marudu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.<\/p>\n<p>Katanya, jumlah itu merangkumi projek jambatan saluran paip sepanjang 100 meter yang menelan belanja RM1.6 juta di Kg Simpangan Sungai Bandau untuk menangani masalah bekalan air di daerah tersebut.<\/p>\n<p>\u201cProjek pertama adalah untuk melebarkan jalan berhampiran dengan Pekan Kota Marudu yang kerap berdepan dengan masalah kesesakan terutama apabila menjelang hari perayaan.<\/p>\n<p>\u201cUntuk tujuan ini, sebanyak RM5 juta diperuntukkan sebagai kos awalan bagi projek berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cManakala, RM1.6 juta lagi diperuntukan untuk membina jambatan saluran\u00a0paip\u00a0untuk\u00a0menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air dan kerosakan paip di daerah ini.<\/p>\n<p>\u201cDiharapkan kedua-dua projek akan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kota Marudu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau yang mengadakan lawatan kerja sehari ke daerah berkenaan turut menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat Kota Marudu di Dewan Komuniti, sebelum melawat ke Loji Air Bandau dan mengikuti taklimat cadangan pembinaan jambatan paip\u00a0yang disampaikan oleh Jurutera Air Daerah, Jozs Band.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Wetrom Bahanda menyatakan peruntukan tersebut memberi manfaat kepada 80,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Bandau.<\/p>\n<p>\u201cTerima kasih kepada kerajaan negeri atas peruntukan yang diberikan dan rakyat Kota Marudu akan melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif.<\/p>\n<p>\u201cKedua-dua projek ini dijangkakan akan bermula hujung tahun ini dan saya berharap akan dapat meminimumkan masalah yang dihadapi oleh penduduk,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Pada majlis itu, Hajiji menyerahkan 51 geran tanah anak negeri,\u00a0 kelulusan Warta Simpanan Perkampungan Tanah Sawit Kinabalu dan Warta Simpanan Perkampungan kepada Pengerusi\u00a0Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)\u00a0Kg. Asin-Asin dan Kg. Terintidon.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA MARUDU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM6.6 juta bagi membangunkan dua projek infrastruktur dijangka bermula November ini. Ketua Menteri, Datuk&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11466,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-11465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11467,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11465\/revisions\/11467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11466"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}