{"id":11592,"date":"2022-09-01T09:01:04","date_gmt":"2022-09-01T09:01:04","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11592"},"modified":"2022-09-01T09:07:02","modified_gmt":"2022-09-01T09:07:02","slug":"hajiji-arahkan-76-badan-berkanun-negeri-gic-tubuh-igu-dengan-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hajiji-arahkan-76-badan-berkanun-negeri-gic-tubuh-igu-dengan-segera\/","title":{"rendered":"Hajiji arahkan 76 Badan Berkanun Negeri, GIC tubuh IGU dengan segera"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Semua 76 Badan Berkanun Negeri serta Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GIC) digesa segera menubuhkan Unit Integriti dan Governans (IGU) bertindak dalam tempoh tiga bulan hingga Disember ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini hanya sembilan daripada 85 Badan Berkanun Negeri serta (GIC), sudah menubuhkan unit berkenaan di agensi masing-masing.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_11526\" aria-describedby=\"caption-attachment-11526\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-11526\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/93DEDF3B-C74C-42AA-B3F0-9116F22172B4-300x188.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"188\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/93DEDF3B-C74C-42AA-B3F0-9116F22172B4-300x188.png 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/93DEDF3B-C74C-42AA-B3F0-9116F22172B4-1024x640.png 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/93DEDF3B-C74C-42AA-B3F0-9116F22172B4-768x480.png 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/93DEDF3B-C74C-42AA-B3F0-9116F22172B4-150x94.png 150w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/93DEDF3B-C74C-42AA-B3F0-9116F22172B4-696x435.png 696w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/93DEDF3B-C74C-42AA-B3F0-9116F22172B4-1068x668.png 1068w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/93DEDF3B-C74C-42AA-B3F0-9116F22172B4.png 1280w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-11526\" class=\"wp-caption-text\">Iklan murah di Sabahnewstoday.<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mengarahkan agar 76 lagi Badan Berkanun Negeri dan GIC<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>mengambil perhatian serius. Saya hanya beri tempoh hingga bulan Disember tahun ini untuk menubuhkan unit di agensi masing-masing,\u201d katanya di sini hari ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata kerajaan sudah mengeluarkan arahan bertarikh 12 November 2019 kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menubuhkan Unit Integriti dan Governans atau Integrity and Governance Unit (IGU) dalam tempoh dua tahun daripada tarikh arahan dikeluarkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Penubuhan unit ini penting agar budaya kerja berintegriti diamalkan dalam perkhidnatan dengan telus, tiada kepentingan, tiada unsur salah guna kuasa dan patuh kepada peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTanggungjawab ini perlu digalas sebaiknya oleh 20,920 penjawat awam negeri; dan 107,097 Persekutuan di Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini juga (iintegriti) yang dituntut oleh kira-kira 3.4 juta rakyat Malaysia di Sabah. Ketirisan integriti yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan seharusnya tidak berlaku sekiranya semua inisiatif kerajaan dan budaya kerja berintegriti dipatuhi,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji turut mengarahkan semua 17 Jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri dikehendaki membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) masing-masing dengan tempoh diberikan sehingga bulan Disember 2022. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cManakala, semua 11 Kementerian telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi masing-masing. Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan negeri merupakan dasar antirasuah yang mencerminkan hasrat murni dan komitmen untuk membanteras rasuah dalam perkhidmatan pentadbiran kerajaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya mahu semua Jabatan, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri yang belum membangunkan Pelan Antirasuah diberikan tempoh sehingga bulan Disember 2023. GIC digalakkan untuk membangunkan Pelan Antirasuah dan mendapatkan pensijilan Anti Bribery Management System (ABM,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri turut menetapkan agar status pembangunan Pelan Antirasuah dan pelaksanaan ABMS dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri selain mahu semua Ketua Jabatan memainkan peranan proaktif bagi memastikan agensi di bawah kawalan masing-masing membangunkan Pelan Antirasuah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata dalam usaha mengekang ketirisan hasil Kerajaan Negeri dari terus berlaku, satu Pasukan Petugas (Task Force) yang terdiri daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan Malaysian Palm Oil Berhad dibentuk bagi tujuan mengutip semua cukai jualan yang gagal dibayar sebelum ini<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerugian yang ditanggung sekiranya berlaku atas sebab ketirisan, salahguna kuasa dan pembaziran, maka ia perlu diberikan perhatian serius oleh semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi di negeri Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri sudah memulakan inisiatif Menyelesaikan Isu- isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan hasil inisiatif ini sebanyak 63 daripada 116 isu teguran audit berjaya diselesaikan sepanjang tempoh Januari 2021 hingga 25 Ogos 2022.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Penganjuran Hari Integriti Negeri Sabah adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) (2021-2025) dan sempena sambutan itu, Ketua Mehteri turut melancarkan Buku Semakan Semula Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) 2019-2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Buku Semakan Semula ini mengandungi 20 inisiatif yang telah ditambah baik seiring dengan hala tuju dan agenda Kerajaan ke arah pengukuhan integriti, antirasuah dan tadbir urus baik.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Semua 76 Badan Berkanun Negeri serta Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GIC) digesa segera menubuhkan Unit Integriti dan Governans (IGU)&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11593,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-11592","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11592","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11592"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11592\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11596,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11592\/revisions\/11596"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11593"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11592"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11592"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11592"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}