{"id":11614,"date":"2022-09-02T00:43:33","date_gmt":"2022-09-02T00:43:33","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11614"},"modified":"2022-09-02T00:43:33","modified_gmt":"2022-09-02T00:43:33","slug":"kes-rosmah-rasuah-harus-dibendung-sebelum-jadi-pandemik-hakim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kes-rosmah-rasuah-harus-dibendung-sebelum-jadi-pandemik-hakim\/","title":{"rendered":"Kes Rosmah: Rasuah harus dibendung sebelum jadi pandemik &#8211; Hakim"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan, yang mensabitkan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dengan pertuduhan rasuah, berkata kes sedemikian sudah meresapi\u00a0hampir setiap lapisan masyarakat dan perlu dibendung sebelum menjadi pandemik.<\/p>\n<p>Dalam penghakiman setebal 116 halaman, Mohamed Zaini berkata jika rasuah dibiarkan tanpa sebarang kekangan, masyarakat di negara ini akan menerimanya sebagai satu kebiasaan dalam hidup atau dunia perniagaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman selepas mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSaya telah mengambil kira faktor rayuan yang dikemukakan oleh peguam yang bijaksana serta respons pihak pendakwaan. Pertimbangan utama dalam memutuskan hukuman yang sesuai ialah kepentingan awam.<\/p>\n<p>\u201cHukuman harus menggambarkan rasa tidak senang atau jijik terhadap jenayah itu. Hukuman juga mestilah mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan.\u00a0Ia juga hendaklah menjadi faktor pencegah kepada tertuduh dan orang lain daripada melakukan jenayah seperti ini,\u201d katanya.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Mohamed Zaini berkata hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 26(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 diperuntuk di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan\u00a023 hendaklah apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata hukuman yang diperuntuk di bawah seksyen itu adalah berat yang menandakan keseriusan kesalahan rasuah.<\/p>\n<p>Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1).<\/p>\n<p>\u201cJusteru, tertuduh dihukum penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak. Hukuman bermula dari tarikh penghakiman.<\/p>\n<p>Hukuman berjalan serentak kerana kesalahan yang dilakukan berkait rapat antara satu sama lain. Tertuduh juga didenda sebanyak RM970,000,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan, atau penjara 10 tahun,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohamed Zaini juga berkata peguam Rosmah telah menyatakan bahawa mereka akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan meminta agar hukuman penjara serta denda ditangguhkan yang tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya menangguhkan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan selesai.<\/p>\n<p>\u201cJaminan RM2 juta yang dibuat sebelum ini dilanjutkan dengan syarat yang sama sehingga rayuan selesai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketika ditemui pemberita, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berkata denda yang dikenakan \u201cbelum pernah terjadi\u201d dan merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah perundangan Malaysia.<\/p>\n<p>&#8220;Siapa yang mampu membayar denda hampir RM1 bilion?&#8230;\u00a0Anak guam saya tidak mempunyai sebarang punca pendapatan. Adakah ini yang kita sifatkan sebagai keadilan?&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Jagjit berkata beliau akan memfailkan rayuan esok.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan, yang mensabitkan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dengan pertuduhan rasuah, berkata&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":11615,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-11614","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11614","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11614"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11614\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11616,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11614\/revisions\/11616"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11615"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11614"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11614"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11614"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}