{"id":11687,"date":"2022-09-06T00:38:21","date_gmt":"2022-09-06T00:38:21","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11687"},"modified":"2022-09-06T00:38:21","modified_gmt":"2022-09-06T00:38:21","slug":"parti-tempatan-sabah-dialu-alukan-sertai-grs-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/parti-tempatan-sabah-dialu-alukan-sertai-grs-hajiji\/","title":{"rendered":"Parti tempatan Sabah dialu-alukan sertai GRS &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p>LAHAD DATU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengalu-alukan parti tempatan menyertai gabungan itu dan bersama-sama memajukan Sabah demi rakyat, kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor.<\/p>\n<p>Ketua Menteri itu berkata GRS sedia menerima parti politik tempatan kerana percakaran dalam politik tidak akan membawa kepada kebaikan malah boleh mengakibatkan\u00a0pembangunan negeri terjejas.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, parti politik tempatan di Sabah tidak boleh hanya memikirkan kepentingan parti masing-masing sahaja kerana politik memerlukan gabungan dan kerjasama untuk meraih kejayaan seterusnya membawa pembangunan untuk negeri Sabah.<\/p>\n<p>Cukup pengalaman lalu bagaimana kita dilayan dan banyak kerugian, saya yakin GRS akan memastikan tiada satu kaum tercicir pembangunan kerana semua orang Sabah itu adalah sama.\u00a0Marilah kita memajukan sama-sama Sabah.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak terfikir jadi Ketua Menteri.\u00a0Apabila pilihan raya negeri dipanggil kita ada kerjasama GRS dan Barisan Nasional\u00a0(BN)&#8230;kerana kita bersatu akhirnya kita menang,&#8221; katanya ketika berucap melancarkan\u00a0GRS Parlimen\u00a0Lahad Datu, di sini, hari ini.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Hajiji\u00a0turut berharap pemimpin UMNO\u00a0dan BN\u00a0mahu meneruskan kerjasama bersama GRS demi kepentingan negeri dan rakyat Sabah.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menjalin kerjasama bersama BN\u00a0bagi mentadbir negeri ini.<\/p>\n<\/div>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Mengenai soal keselamatan, Hajiji berkata beliau\u00a0selalu menekankan tumpuan keselamatan di pantai timur Sabah dapat terus ditingkatkan daripada semasa ke semasa, malah telah menyuarakan keperluan di peringkat Persekutuan untuk meningkatkan aset keselamatan di pantai timur Sabah.<\/p>\n<p>&#8220;Kita kena jaga isu keselamatan ini lebih rapi, ini penting kerana kita mahu rakyat rasa selamat, kita\u00a0 mahu tiada\u00a0gangguan kepada perancangan program kerajaan terutama melibatkan pembangunan untuk rakyat di pantai timur Sabah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LAHAD DATU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengalu-alukan parti tempatan menyertai gabungan itu dan bersama-sama memajukan Sabah demi rakyat, kata Pengerusinya,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":1,"featured_media":10221,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-11687","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11687","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11687"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11687\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11688,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11687\/revisions\/11688"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10221"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11687"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11687"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11687"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}