{"id":11716,"date":"2022-09-08T13:33:03","date_gmt":"2022-09-08T13:33:03","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11716"},"modified":"2022-09-08T13:33:03","modified_gmt":"2022-09-08T13:33:03","slug":"kerajaan-terus-pertingkat-keselamatan-di-esszone-annuar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-terus-pertingkat-keselamatan-di-esszone-annuar\/","title":{"rendered":"Kerajaan terus pertingkat keselamatan di ESSZone &#8211; Annuar"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>TAWAU: Kerajaan akan terus mempertingkat\u00a0keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sejajar kesungguhan kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.<\/p>\n<p>Beliau berkata atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan terus memberi\u00a0tumpuan yang tinggi di kawasan itu bagi menjamin keselamatan rakyat di Sabah pada setiap masa.<\/p>\n<p>&#8220;Kita faham juga apabila ada berita-berita yang mungkin menimbulkan keresahan dalam\u00a0kalangan rakyat yang mencari rezeki, yang berniaga, yang menjalankan aktiviti harian\u00a0maka soal keselamatan (adalah) perkara yang paling penting.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Pasukan komunikasi dikehendaki membuat liputan sepenuhnya perkara (berkaitan usaha keselamatan) yang sedang berjalan,&#8221; katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di sini hari ini.<\/p>\n<p>Pada majlis itu,\u00a0seramai 23 individu menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi PEDi bagi zon 6 yang melibatkan Parlimen Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kalabakan.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Annuar, yang dalam lawatan kerja tiga hari ke Sabah bermula hari ini, berkata beliau juga akan berpeluang menyaksikan secara dekat operasi keselamatan melibatkan kawasan kepulauan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Semasa lawatan\u00a0itu, Annuar turut mengadakan pertemuan dengan rakyat di kawasan terbabit untuk mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman mereka daripada aspek keselamatan dan kos barang selaras dengan tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.<\/p>\n<p>&#8220;Pada Sabtu ini, saya akan bersarapan dengan penduduk kampung di Pulau Bum Bum supaya kita dapat berkomunikasi dengan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Saya suka untuk dapatkan maklum balas tentang apa yang mereka lalui,\u00a0dari segi keselamatan, harga barang, kos sara hidup dan\u00a0talian perhubungan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Annuar berkata beliau juga akan meninjau beberapa menara komunikasi di Pulau Bum Bum sebagai sebahagian Program Kembara Connecitivity untuk meningkatkan lagi mutu capaian jalur lebar di seluruh Sabah.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Kerajaan akan terus mempertingkat\u00a0keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sejajar kesungguhan kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara, kata Menteri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":11717,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-11716","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11716","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11716"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11716\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11718,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11716\/revisions\/11718"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11717"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11716"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11716"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11716"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}