{"id":11847,"date":"2022-09-18T00:33:13","date_gmt":"2022-09-18T00:33:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11847"},"modified":"2022-09-18T00:33:13","modified_gmt":"2022-09-18T00:33:13","slug":"warisan-hanya-tanding-kerusi-parlimen-mampu-menang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/warisan-hanya-tanding-kerusi-parlimen-mampu-menang\/","title":{"rendered":"WARISAN hanya tanding kerusi Parlimen mampu menang"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">ALOR SETAR: Parti Warisan (WARISAN) menegaskan, tidak akan bertanding di semua 222 kerusi Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya menyedari kekuatan parti itu dan merancang fokus kepada beberapa kerusi yang dilihat mampu dimenanginya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu enggan mendedahkan kerusi mana bakal ditandingi WARISAN, sebaliknya menjelaskan perkara itu akan diumum apabila tiba masanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Seperti disebutkan sebelum ini, kita takkan bertanding semua 222 kerusi Parlimen kerana kita sedar kekuatan dan keupayaan parti ini dan semua itu perlu diukur.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita perlu tertib dan teliti secara mendalam, daripada bertanding banyak kerusi tetapi tidak menang, lebih baik kami fokus bertanding di dua atau tiga kerusi saja yang boleh memberi kemenangan,&#8221; katanya dilaporkan BH Online semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu beliau melancarkan Parti Warisan Negeri Kedah yang turut dihadiri Pengerusi WARISAN Kedah, Datuk Fadzil Hanafi dan Timbalannya, Dr Mohamed Ibnu Hassan Thalha.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, pihaknya kini dalam proses mengukuhkan kedudukan parti itu dan belum merancang membentuk kerjasama politik baharu bersama gabungan tertentu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ia penting bagi membuktikan bahawa parti itu mempunyai kekuatan sendiri, tanpa perlu berharap kepada parti lain untuk bertapak terutamanya di peringkat nasional. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cRamai berhubung (untuk bekerjasama), itu perkara biasa, tetapi buat masa ini kita mahu kukuhkan rumah sendiri yang tangganya kena culik, tingkap kena beli, kena dibaiki dahulu dan dimantapkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tidak ada erti kita bergabung dalam keadaan parti masih belum mantap, kita tidak mahu menumpang kepada parti lain seakan kita mengemis hingga akhirnya timbul masalah di kemudian hari,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menyentuh penerimaan rakyat semenanjung terhadap WARISAN yang berasal dari Sabah, beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, sambutan diterima setakat ini adalah menggalakkan terutama dalam kalangan profesional.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ketika pelancaran WARISAN di Pulau Pinang semalam, ada dua pegawai kanan bank dan dua doktor pakar menyertai kita. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Di Perlis pula, kita ada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) menyertai parti ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mereka ini individu yang berkeupayaan. Jadi, mereka tidak akan masuk WARISAN jika parti ini tidak dilihat sebagai landasan alternatif kepada pembangunan negara,&#8221; katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR: Parti Warisan (WARISAN) menegaskan, tidak akan bertanding di semua 222 kerusi Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11510,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-11847","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11847","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11847"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11847\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11848,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11847\/revisions\/11848"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11847"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11847"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11847"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}