{"id":11916,"date":"2022-09-21T12:47:00","date_gmt":"2022-09-21T12:47:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=11916"},"modified":"2022-09-21T12:47:00","modified_gmt":"2022-09-21T12:47:00","slug":"pru15-tidak-sesuai-diadakan-ketika-musim-banjir-khairy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pru15-tidak-sesuai-diadakan-ketika-musim-banjir-khairy\/","title":{"rendered":"PRU15 tidak sesuai diadakan ketika musim banjir &#8211; Khairy"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan ketika musim banjir kerana banyak faktor\u00a0perlu diambil kira,\u00a0kata Menteri Kesihatan\u00a0Khairy Jamaluddin.<\/p>\n<p>Beliau berkata selain faktor kesihatan,\u00a0Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan\u00a0banyak perkara penting perlu diambil kira antaranya\u00a0aspek tenaga kerja dan keselamatan rakyat pada musim banjir.<\/p>\n<p>\u201cSebab pertama adalah tenaga kerja kerana banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk pilihan raya malah pada bulan monsun pun ramai yang perlu dikerahkan untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS), jaga keselamatan rakyat dan\u00a0jaga pemindahan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cKedua, dari\u00a0segi kemudahan&#8230; PPS banyak diadakan di sekolah dan ia (sekolah) juga jadi pusat buang undi (bagi pilihan raya),\u201d katanya semasa temu bual Setahun Pencapaian Sebagai Menteri Kesihatan di bangunan KKM\u00a0di sini hari ini.<\/p>\n<p>Khairy juga berkata akan berlaku peningkatan penyakit bawaan air yang memerlukan rawatan daripada\u00a0pihak KKM dan penyakit lain seperti demam, selesema dan sebagainya akibat keadaan cuaca.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cMaka\u00a0pandangan KKM memanglah daripada segi kesesuaian diadakan pilihan raya waktu musim banjir ini, tak sesuai,\u201d kata Ahli Parlimen Rembau itu ketika diminta mengulas sama ada PRU15 sesuai diadakan ketika musim banjir.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Pada 17 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.<\/p>\n<p>Ditanya sama ada KKM mengemukakan cadangan waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU15 kepada kerajaan, Khairy berkata perkara itu ada dibincangkan secara umum namun ia terpulang kepada Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang mendorong kepada banjir besar pada penghujung bulan itu.<\/p>\n<p>MetMalaysia menjangkakan impak cuaca yang dialami\u00a0lebih signifikan memandangkan monsun timur laut yang aktif pada tempoh itu\u00a0sekali gus risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan ketika musim banjir kerana banyak faktor\u00a0perlu diambil kira,\u00a0kata Menteri Kesihatan\u00a0Khairy Jamaluddin&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11917,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-11916","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11916","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=11916"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11916\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11918,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/11916\/revisions\/11918"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=11916"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=11916"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=11916"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}