{"id":12024,"date":"2022-09-28T06:37:11","date_gmt":"2022-09-28T06:37:11","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=12024"},"modified":"2022-09-28T06:37:11","modified_gmt":"2022-09-28T06:37:11","slug":"rafizi-lancar-petisyen-bantah-pru-pada-musim-banjir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rafizi-lancar-petisyen-bantah-pru-pada-musim-banjir\/","title":{"rendered":"Rafizi lancar petisyen bantah PRU pada musim banjir"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli melancarkan petisyen membantah pilihan raya umum (PRU) diadakan pada musim tengkujuh.<\/p>\n<p>Petisyen itu menurut Rafizi dilancarkan ketika UMNO meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan PRU15 secepat mungkin.<\/p>\n<p>Rafizi dalam kenyataan menerusi Twitter berkata jika Parlimen dibubarkan sebulan dari sekarang, pilihan raya akan diadakan pada musim tengkujuh.<\/p>\n<div id=\"div-gpt-ad-1596097916731-0\" class=\"ad-unit mx-auto\" data-google-query-id=\"CJHor6LvtvoCFSKBSwUd-eoFRw\">\n<p>&#8220;PRU15 semasa banjir bermakna lebih RM1 billion akan digunakan untuk menguruskan pilihan raya sedangkan dana rakyat itu lebih baik disalurkan kepada usaha menangani bencana.<\/p>\n<p>&#8220;Ia juga bermakna beratus ribu penjawat awam perlu bertugas untuk mengendalikan pilihan raya sedangkan mereka wajar bersama-sama sukarelawan membantu mangsa banjir.<\/p>\n<p>&#8220;Hanya suara rakyat yang dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa rakyat mahu ahli politik menumpukan perhatian menghadapi bencana banjir, bukannya mengejar jawatan-jawatan politik melalui pilihan raya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Rafizi menyeru orang ramai menandatangani petisyen itu dan menyebarkannya ke saluran masing-masing.<\/p>\n<p>Bekas ahli parlimen Pandan itu turut menyorot bahawa semua laporan ramalan cuaca meramalkan banjir akan menjadi lebih teruk tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Malah sebelum musim tengkujuh tiba, banjir kilat telah berlaku di tempat-tempat yang sebelum ini tidak mengalami banjir teruk.<\/p>\n<p>&#8220;Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendabik dada bahawa Umno sanggup meredah banjir demi PRU15 yang lebih awal.<\/p>\n<p>&#8220;Semua parti politik akan bersedia secukupnya apabila PRU15 dipanggil. Isunya bukanlah soal parti-parti politik gah berkempen walaupun menghadapi banjir.<\/p>\n<p>&#8220;Isu pokok ialah semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menghadapi banjir dan semua perkara yang boleh ditangguhkan atau dielakkan, wajarlah ditangguhkan dahulu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan Zahid pada 17 September bahawa BN bersedia untuk berkempen bagi PRU15 walaupun ia diadakan pada musim tengkujuh telah dikecam oleh pembangkang.<\/p>\n<p>Ahli politik dari parti kerajaan turut berkongsi pandangan bahawa adalah tidak bijak untuk mengadakan PRU semasa musim tengkujuh.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Zahid mendakwa banjir itu adalah &#8216;naratif dan mitos&#8217; yang diputar belit oleh pembangkang bagi mengelak PRU15 diadakan tidak lama lagi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli melancarkan petisyen membantah pilihan raya umum (PRU) diadakan pada musim tengkujuh. Petisyen itu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":11277,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-12024","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12024","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12024"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12024\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12026,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12024\/revisions\/12026"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/11277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12024"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12024"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12024"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}