{"id":12064,"date":"2022-09-30T08:45:27","date_gmt":"2022-09-30T08:45:27","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=12064"},"modified":"2022-09-30T08:45:27","modified_gmt":"2022-09-30T08:45:27","slug":"pendirian-malaysia-terhadap-tindakan-pihak-mendakwa-waris-kesultanan-sulu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pendirian-malaysia-terhadap-tindakan-pihak-mendakwa-waris-kesultanan-sulu\/","title":{"rendered":"Pendirian Malaysia terhadap tindakan pihak mendakwa waris kesultanan Sulu"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PUTRAJAYA: Media semalam melaporkan tindakan terkini pihak mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang telah mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan perintah (Final Award) di Mahkamah Belanda terhadap aset-aset Malaysia di sana termasuk rangkaian aset milik Petronas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan bahawa aset Petronas bukanlah milik Kerajaan Malaysia dan permohonan untuk mengiktiraf serta menguatkuasa aset-aset tersebut dilihat sebagai suatu pencabulan proses Mahkamah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, percubaan terkini oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Kerajaan Malaysia di Belanda boleh dikatakan sebagai satu lagi tindakan mengambil kesempatan yang bertentangan dan melanggar dengan peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York dan The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPendirian Kerajaan Malaysia bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah di Paris pada bulan Februari 2022 adalah tidak teratur dan tidak mengikut lunas undang-undang. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTambahan pula, perintah yang diperoleh sekiranya dikuatkuasa boleh mengakibatkan ketidakadilan serta implikasi yang serius kepada kestabilan negara lain,\u201d katanya dalam satu kenyataan media hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr Junaidi berkata, perintah yang dikeluarkan oleh penimbang tara adalah tidak sah dan tidak mengikut norma atas beberapa sebab-sebab tertentu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai contoh, tindakan mengalihkan proses pengiktirafan dan penguatkuasaan perintah yang diperoleh daripada negara Sepanyol ke negara Perancis walaupun Mahkamah Agung Madrid mengisytiharkan pembatalan<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\"> pelantikan Penimbang Tara dan prosiding susulan timbang tara,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Walau bagaimanapun, pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu tetap meneruskan usaha-usaha menguatkuasakan perintah di negara-negara di mana Malaysia sedang melaksanakan tindakan sewajarnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai tindakan balas, Malaysia meneruskan prosiding Mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengenepikan dan membatalkan perintah berkaitan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan yakin bahawa penyelesaian prosiding Mahkamah tersebut akan menyebelahi Malaysia,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selanjutnya, Kerajaan telah memulakan strategi global yang proaktif untuk menghalang dan mengenepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara oleh pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam masa yang sama, beliau berkata, kerajaan melaksanakan tindakan perundangan yang sama di Luxembourg dan akan mengambil tindakan yang serupa di Belanda untuk mengenepikan dan menghalang sebarang percubaan oleh pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni bagi menguatkuasakan dan memperoleh faedah-faedah daripada perintah yang dikeluarkan Mahkamah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMalaysia menghormati dan bangga menganggotai Konvensyen New York. Namun, Malaysia tidak akan sama sekali bertolak-ansur atau tunduk kepada mana-mana pihak yang memanipulasi dan menyalah guna sistem sedia ada demi kepentingan peribadi,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Media semalam melaporkan tindakan terkini pihak mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang telah mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":8782,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-12064","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12064","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12064"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12064\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12065,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12064\/revisions\/12065"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8782"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12064"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12064"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12064"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}