{"id":12086,"date":"2022-10-03T08:49:07","date_gmt":"2022-10-03T08:49:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=12086"},"modified":"2022-10-03T08:49:07","modified_gmt":"2022-10-03T08:49:07","slug":"larangan-ahli-parlimen-tukar-parti-akan-dikuat-kuasa-sebelum-pru15-wan-junaidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/larangan-ahli-parlimen-tukar-parti-akan-dikuat-kuasa-sebelum-pru15-wan-junaidi\/","title":{"rendered":"Larangan ahli Parlimen tukar parti akan dikuat kuasa sebelum PRU15 &#8211; Wan Junaidi"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Akta Perlembagaan\u00a0(Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti\u00a0akan dikuatkuasakan\u00a0\u00a0dalam masa terdekat, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata\u00a0Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang)\u00a0Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.<\/p>\n<p>Beliau berkata akta yang\u00a0telah menerima perkenan\u00a0Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri&#8217;ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu\u00a0masih tiada tarikh khusus bagi dikuat kuasa ketika ini.<\/p>\n<p>&#8220;Ia (kuat kuasa akta) akan berlaku sebelum itu (PRU15). Jadi, semua perlu bersabar dan saya akan tampil sekali lagi (untuk maklumkan mengenai perkara itu) dalam masa terdekat,\u201d\u00a0katanya ketika ditanya\u00a0pemberita sama ada akta berkenaan akan dilaksanakan atau tidak sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, di Bangunan Parlimen hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan Al-Sultan Abdullah\u00a0memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan\u00a0(Pindaan) (No. 3) 2022 itu yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.<\/p>\n<p>Sementara itu, Wan Junaidi berkata Bajet 2023 tetap akan dibentangkan Jumaat ini seperti yang dijadualkan susulan spekulasi pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Menjawab mengenai\u00a0usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang ditangguhkan lagi, Wan Junaidi berkata perkara itu berikutan hanya terdapat satu pencalonan sahaja bagi jawatan berkenaan untuk undian di Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau berkata\u00a0hanya satu nama sahaja yang dikemukakan iaitu dari pihak kerajaan dalam tempoh 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.<\/p>\n<p>\u201cSaya telefon (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya tanya dan beritahu beliau sekiranya tiada pencalonan dari Pakatan Harapan (PH), maka atas pemahaman\u00a0yang dahulu bahawa kita akan tarik kita punya calon,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan\u00a0Datuk Seri Azalina Othman Said ditangguhkan buat kali kelima dan dibawa ke persidangan akan datang.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p class=\"text-secondary\">\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Akta Perlembagaan\u00a0(Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti\u00a0akan dikuatkuasakan\u00a0\u00a0dalam masa terdekat, sebelum Pilihan Raya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8782,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-12086","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12086","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12086"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12086\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12087,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12086\/revisions\/12087"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8782"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12086"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12086"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12086"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}