{"id":1236,"date":"2021-05-02T10:26:21","date_gmt":"2021-05-02T10:26:21","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=1236"},"modified":"2021-05-02T10:26:21","modified_gmt":"2021-05-02T10:26:21","slug":"muhyiddin-perlu-diberikan-peluang-memerintah-sehingga-2023-chin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/muhyiddin-perlu-diberikan-peluang-memerintah-sehingga-2023-chin\/","title":{"rendered":"Muhyiddin perlu diberikan peluang memerintah sehingga 2023: Chin"},"content":{"rendered":"<figure id=\"attachment_1237\" aria-describedby=\"caption-attachment-1237\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/E6427B34-C934-4809-8BCF-134956622FBF-300x293.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"293\" class=\"size-medium wp-image-1237\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/E6427B34-C934-4809-8BCF-134956622FBF-300x293.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/E6427B34-C934-4809-8BCF-134956622FBF.jpeg 524w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-1237\" class=\"wp-caption-text\">Datuk Chin Su Phin<\/figcaption><\/figure>\n<p>KOTA KINABALU: Pihak parti pembangkang dan kerajaan perlu membenarkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melengkapkan tempoh pemerintahan sehingga 2023.<\/p>\n<p>Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Chin Su Phin berkata, parti politik harus mengenepikan perbezaan masing-masing dan memberikan fokus untuk memerangi pandemik COVID-19 berbanding berebut kuasa.<\/p>\n<p>Menurutnya, Muhyiddin berhadapan dengan cabaran getir disebabkan oleh pandemik ini. Beliau bukan sahaja memerangi COVID-19, tetapi juga kesan wabak itu terhadap ekonomi negara selain tekanan daripada parti pembangkang dan UMNO.<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun, beliau tidak gentar dan terus memberikan perhatian untuk memerangi penularan COVID-19 dan membangunkan semula ekonomi negara,&#8221; katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat LDP Cawangan Api-Api, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau  berkata, LPD memutuskan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) disebabkan parti ini mengagumi kepimpinan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Katanya, selepas pengisytiharan darurat, ia membolehkann Perdana Menteri untuk memberikan fokus untuk memerangi COVID-19 tanpa diganggu oleh pergolakan politik.<\/p>\n<p>Chin juga bersetuju bahawa tempoh darurat hanya boleh ditamatkan selepas tercapainya 80peratus imuniti secara kelompok dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Oleh itu, beliau berharap, rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan agar segera mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin COVID-19.<\/p>\n<p>&#8220;Untuk mengadakan pilihan raya umum ketika ini sudah pasti akan menyebabkan gelombang baharu penularan wabak ini, dan ianya juga akan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.<\/p>\n<p>&#8220;Sudah pasti ekonomi kita akan terjejas khususnya di Sabah yang bergantung penuh dengan pendapatan dari sektor pelancongan. Rakyat Sabah tidak lagi mampu untuk bertahan lama dalam keadaan itu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Chin dalam pada itu turut mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebabkan perpecahan politik hanya disebabkan oleh kepentingan masing-masing.<\/p>\n<p>&#8220;Keadaan politik di Malaysia kini tidak akan terjadi sekiranya Dr Mahathir tidak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Anwar kehilangan sokongan dalam Pakatan Harapan (PH) dan pembelotan UMNO oleh sekutu-sekutunya.<\/p>\n<p>&#8220;Berikutan kejadian-kejadian itu, ianya telah membolehkan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang Dipertuan Agong memandangkan beliau mempunyai majoriti yang mencukupi dalam Dewan Rakyat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Katanya, kini kumpulan yang sama bertengkar lagi untuk mendapatkan semula kuasa. Dapat dilihat mereka hanya mementingkan kuasa berbanding kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Tindakan pentingkan diri sendiri ini tidak layak untuk mendapatkan sokongan rakyat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, UMNO adalah parti terbesar di Malaysia berjaya ditumbangkan disebabkan etika negatif Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.<\/p>\n<p>Katanya, walaupun Najib sudah disabitkan kesalahan dalam perbicaaraan SRC, tetapi bekas perdana menteri itu bersama Zahid masih mengawal UMNO dengan harapan menyelamatkan diri masing-masing.<\/p>\n<p>&#8220;Saya berharap terdapat seseorang akan tampil ke hadapan untuk menggantikan Zahid dan membentuk satu kepimpinan baharu bagi menjenamakan semula UMNO,&#8221;katanya.<\/p>\n<p>Chin mengakui rakyat lebih memihak kepada sistem dua parti pada keadaan landskap politik kini, keadaan itu menjadikan gelombang ketika parti politik untuk sukar mendapatkan sokongan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Ia jelas di Sabah pada pilihan raya negeri lalu bahawa pengundi hanya mahu pilih PN atau PH walaupun mereka tidak suka kedua-dua gabungan itu, dan tidak memberikan undi kepada pihak ketiga dalam politik.<\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu, LDP telah memutuskan untuk menyertai PN disebabkan realiti ini telah dibuktikan bahawa hanya parti diarus aliran utama sahaja mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat pada peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>&#8220;Tidak kira dimana kem politik kami, LDP tetap akan terus memberikan khidmat kepada rakyat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Chin menjelaskan 28 Cawangan LDP akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan pemilihan diantara bulan Mei dan Ogos.<\/p>\n<p>Memandangkan dalam tempoh pandemik COVID-19, beliau menasihatkan agar semua cawangan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), termasuk menghadkan kehadiran kepada separuh sahaja, sementara ahli lain boleh menyertai mesyuarat secara atas talian.<\/p>\n<p>Semua cawangan juga dihendaki menghantar laporan jumlah ahli yang hadir dalam AGM kepada jawatankuasa pemilhan.<\/p>\n<p>Chin berharap AGM Cawangan dan pemilihan dapat diadakan secara lancar dan menjangkakan lebih ramai golongan muda akan mendapat majoriti di setiap cawangan.<\/p>\n<p>SabahNewsToday <\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pihak parti pembangkang dan kerajaan perlu membenarkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melengkapkan tempoh&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-1236","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1236","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1236"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1236\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1238,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1236\/revisions\/1238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1236"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1236"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1236"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}