{"id":12368,"date":"2022-10-20T04:38:10","date_gmt":"2022-10-20T04:38:10","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=12368"},"modified":"2022-10-20T04:38:10","modified_gmt":"2022-10-20T04:38:10","slug":"dr-jeffrey-yong-teck-lee-ketinggalan-bas-berkaitan-bilangan-pengundi-naik-mendadak-azhar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dr-jeffrey-yong-teck-lee-ketinggalan-bas-berkaitan-bilangan-pengundi-naik-mendadak-azhar\/","title":{"rendered":"Dr Jeffrey, Yong Teck Lee \u2018ketinggalan bas\u2019 berkaitan bilangan pengundi naik mendadak &#8211; Azhar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Peningkatan bilangan pengundi yang naik secara mendadak bukan hanya berlaku di Parlimen Keningau dan di negeri Sabah malah di seluruh negara. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti WARISAN, Azhar Matussin berkata, sebagai contoh di Parlimen Sepanggar sendiri menunjukkan peningkatan ketara iaitu 62,415 pada 2018 dan meningkat sehingga 107,463 melalui statistik Julai lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, jumlah ini semakin bertambah setiap bulan memandangkan wujudnya pemilih berdaftar secara automatik bagi pengundi berusia 18 tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMungkin Datuk Seri Dr jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee belum tahu bahawa sekarang ini pengundi didaftar secara automatik oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBukan sahaja pengundi baharu<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>dari golongan 18 tahun malah semua rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi akan didaftarkan secara automatik,\u201d katanya dalam satu kenyataan media hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau berkata, beliau mencadangkan agar Dr Jeffrey<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>merujuk sambil bertanya kepada SPR untuk maklumat selanjutnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBukannya SPR yang perlu beri penjelasan\u2026\u2026Sebab ramai sudah mengetahui tapi sangat menghairankan mengapa (Jeffrey dan Yong) masih ketinggalan bas. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUmpama kata pepatah lama Malu bertanya sesat jalan. Sila rujuk kepada SPR daripada membuat kenyataan media seperti ini yang akan memalukan diri sendiri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas mengenai kenyataan Yong Teck Lee kononnya mengesyaki peningkatan luar biasa ini adalah disebabkan kemungkinan wujud skandal projek kad pengenalan (IC) adalah sangat tidak munasabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya rasa beliau masih belum faham bahawa kuasa mengeluarkan kad pengenalan ini terletak di bawah pada bidang kuasa kerajaan di peringkat persekutuan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSekiranya Yong Teck Lee hadir semasa taklimat pihak SPR kepada semua ADUN Sabah di beberapa bulan lalu, mungkin dia (Yong) akan lebih faham mengapa berlaku peningkatan mendadak ini sekali gus tidak akan membuat kenyataan seumpama ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azhar mencadangkan agar kedua-dua mereka (Dr Jeffrey dan Yong) perlu hadir ke taklimat-taklimat yang dianjurkan DUN Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni bagi menambah ilmu serta meningkatkan pengetahuan agar dapat memberi khidmat yang lebih berkesan kepada rakyat yang diwakilinya,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Peningkatan bilangan pengundi yang naik secara mendadak bukan hanya berlaku di Parlimen Keningau dan di negeri Sabah malah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":8627,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-12368","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12368","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12368"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12368\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12369,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12368\/revisions\/12369"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8627"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12368"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12368"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12368"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}