{"id":12476,"date":"2022-10-27T00:43:20","date_gmt":"2022-10-27T00:43:20","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=12476"},"modified":"2022-10-27T00:43:20","modified_gmt":"2022-10-27T00:43:20","slug":"malaysia-perlu-tingkat-keupayaan-pertahanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/malaysia-perlu-tingkat-keupayaan-pertahanan\/","title":{"rendered":"Malaysia Perlu Tingkat Keupayaan Pertahanan"},"content":{"rendered":"<p>BEAUFORT: Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan memodernisasi aset ketenteraan sebagai langkah memperkukuhkan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di perairan Laut China Selatan.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Ruslan Muharram berkata, aset kententeraan sedia ada sudah terlalu lama dan tidak mampu memenuhi keupayaan yang diperlukan bagi menghadapi ancaman ketenteraan moden.<\/p>\n<p>Katanya, siri pencerobohan tentera China di perairan Sabah dan Sarawak di Laut China Selatan menjadi isyarat Malaysia perlu tingkatkan keupayaan aset ketenteraan sebagai langkah memperkukuh dan melindungi kedaulatan negara.<\/p>\n<p>&#8220;Pelbagai ancaman terkini berlaku mutakhir ini sebagaimana banyak dilaporkan media tempatan antaranya pencerobohan berterusan China di Laut China Selatan dan penemuan serpihan roket di Sarawak.<\/p>\n<p>&#8220;Termasuk risiko ancaman berterusan ekoran pencerobohan ruang udara Malaysia Timur oleh jet pejuang China.<\/p>\n<p>&#8220;Justeru, tumpuan dan bajet khusus wajar diperuntukkan bagi meningkatkan keupayaan aset ketenteraan kita untuk memastikan kepentingan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan terpelihara,&#8221; katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.<\/p>\n<p>Ruslan berkata, Malaysia wajar mengambil tindakan sama seperti negara-negara jiran yang telah menyediakan peruntukan besar bagi meningkatkan keselamatan menerusi pelan modernisasi ketenteraan.<\/p>\n<p>Katanya, inisiatif negara seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam itu sebagai langkah memperkasa keselamatan di perairan masing-masing susulan ancaman sama diterima di Laut China Selatan.<\/p>\n<p>&#8220;Indonesia sebagaimana dilaporkan media asing telah berbelanja sehingga USD125 billion dalam pelan modernisasi ketenteraan.<\/p>\n<p>&#8220;Manakala Thailand di sebalik kemelut pandemik Covid-19 telah membelanjakan sehingga USD7 billion setahun secara purata bagi lima tahun ke belakang bagi perolehan ketenteraan.<\/p>\n<p>&#8220;Vietnam yang sebelumnya jauh ketinggalan di belakang Malaysia kini mampu berbelanja sehingga USD5.5 billion bagi peruntukan keselamatan negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ruslan yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, Malaysia harus ambil langkah persediaan lebih rapi ekoran krisis geopolitik kian memuncak ketika ini yang telah dibuktikan melalui konflik Russia-Ukraine serta yang bakal berlaku di antara China dan Taiwan.<\/p>\n<p>Katanya, ia penting bagi memastikan Malaysia tidak dianggap lemah pada persepsi negara lain sekaligus mampu bertindak menjaga hak dan kedaulatan negara di Laut China Selatan.<\/p>\n<p>&#8220;Ini adalah pendapat peribadi saya kerana kepentingan serta keselamatan rakyat dan negara ini keutamaan saya dan sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan aspek ini terpelihara,&#8221; tegasnya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BEAUFORT: Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan memodernisasi aset ketenteraan sebagai langkah memperkukuhkan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di perairan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":12477,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-12476","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12476","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12476"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12476\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12478,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12476\/revisions\/12478"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12477"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12476"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12476"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12476"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}