{"id":13202,"date":"2022-12-12T03:39:09","date_gmt":"2022-12-12T03:39:09","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13202"},"modified":"2022-12-12T03:39:09","modified_gmt":"2022-12-12T03:39:09","slug":"penguasaan-bahasa-inggeris-tingkat-keupayaan-graduan-ke-peringkat-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penguasaan-bahasa-inggeris-tingkat-keupayaan-graduan-ke-peringkat-tinggi\/","title":{"rendered":"Penguasaan Bahasa Inggeris tingkat keupayaan graduan ke peringkat tinggi"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Azman Hashim menyatakan kebolehpasaran para graduan dapat ditingkatkan ke peringkat global melalui penguasaan bahasa Inggeris.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, tahap penguasaan bahasa pengantar antarabangsa itu kini menunjukkan penurunan dengan ketara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTahap penguasaan bahasa Inggeris telah banyak menurun. Sebagai contoh, semasa temu duga kerja terdapat banyak graduan yang berprestasi rendah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam persidangan antarabangsa juga menyaksikan beberapa pihak dari Thailand dan Indonesia pernah mengusulkan pertanyaan tersebut kepada kami,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azman mengatakan bahawa terdapat ramai graduan yang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGraduan semasa temu duga kerja tidak boleh berkomunikasi, menerangkan, atau bercakap dengan betul menggunakan bahasa Inggeris.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKekurangan yang ada ini menyebabkan mereka kehilangan peluang pekerjaan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menyifatkan graduan yang menguasai bahasa Inggeris pada tahap yang maksimum sebagai graduan yang berpeluang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPada setiap majlis graduasi, beribu graduan baharu yang diraikan. Graduan-graduan ini seterusnya akan membuat permohonan kerja pada mana-mana syarikat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGraduan yang menguasai bahasa Inggeris mempunyai peluang yang lebih luas kerana mereka tidak terhad di dalam Malaysia sahaja, tetapi juga di peringkat global.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGraduan ini juga akan lebih cenderung diambil untuk bekerja oleh syarikat-syarikat swasta yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris,\u201dkatanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya juga, bahasa inggeris merupakan bahasa yang harus diajarkan kepada semua orang semenjak dari kecil lagi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBahasa Inggeris adalah satu bahasa yang sangat indah. Ia patut dipelajari dan dikuasai oleh semua orang untuk kebaikan pada masa akan datang,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 693 orang graduan sidang 2, Majlis Konvokesyen UMS ke-24, semalam.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Azman Hashim menyatakan kebolehpasaran para graduan dapat ditingkatkan ke peringkat global&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13203,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-13202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13204,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13202\/revisions\/13204"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}