{"id":1326,"date":"2021-05-15T15:15:47","date_gmt":"2021-05-15T15:15:47","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=1326"},"modified":"2021-05-15T15:15:47","modified_gmt":"2021-05-15T15:15:47","slug":"tahu-larangan-tapi-masih-ramai-cuba-rentas-daerah-masidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tahu-larangan-tapi-masih-ramai-cuba-rentas-daerah-masidi\/","title":{"rendered":"Tahu larangan, tapi masih ramai cuba rentas daerah: Masidi"},"content":{"rendered":"<figure id=\"attachment_1187\" aria-describedby=\"caption-attachment-1187\" style=\"width: 177px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/270AB63C-5285-413E-B471-67F885FF8A7F.jpeg\" alt=\"\" width=\"177\" height=\"212\" class=\"size-full wp-image-1187\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-1187\" class=\"wp-caption-text\">Masidi Manjun<\/figcaption><\/figure>\n<p>KOTA KINABALU: Orang ramai masih mencuba nasib untuk merentas daerah walaupun larangan sudah dikuatkuasakan di seluruh Sabah sepanjang sambutan Aidilfitri.<\/p>\n<p>Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, sekatan jalan raya (SJR) polis yang diadakan di seluruh negeri sejak 10 Mei mengesan 642 kenderaan cuba merentas daerah.<\/p>\n<p>\u201cPolis mendapati kebanyakan daripada mereka yang diminta berpatah balik menyedari larangan itu, tetapi mereka hanya mencuba nasib,\u201d kata beliau, dalam kenyataan harian Covid-19 hari ini.<\/p>\n<p>\u201cOrang ramai yang ingin melakukan perjalanan rentas daerah tetapi bukan (atas) perkhidmatan penting atau tidak mendapat kebenaran khas, diingatkan untuk tidak melakukannya.<\/p>\n<p>\u201cIni untuk memastikan sekatan jalan raya dapat dilaksanakan dengan lancar.\u201d<\/p>\n<p>Kerajaan Sabah sebelum ini melarang perjalanan rentas daerah bermula 10 Mei hingga esok bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 ketika sambutan Aidilfitri.<\/p>\n<p>Sabah sebelum ini mengamalkan sistem zon di mana penduduk di daerah dalam zon yang sama dibenarkan merentas antara daerah.<\/p>\n<p>Masidi, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, sebanyak 20 kompaun dikeluarkan di Sabah dalam tempoh 24 jam lalu, dengan 10 daripadanya membabitkan kesalahan tidak mendapat kebenaran merentas daerah.<\/p>\n<p>Tiga lagi membabitkan kesalahan tidak memakai pelitup muka serta masing-masing satu kerana mengadakan majlis perkahwinan serta tidak mematuhi penjarakan fizikal.<\/p>\n<p>Lima lagi adalah kesalahan gagal menyediakan peralatan rekod diri pelanggan atau gagal menyatakan maklumat kesihatan.<\/p>\n<p>Masidi mengingatkan orang ramai supaya tidak mengadakan majlis sambutan Hari Raya atau rumah terbuka tahun ini.<\/p>\n<p>Kata beliau, pihak berkuasa akan terus memeriksa premis persendirian atau awam bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.<\/p>\n<p>SabahNewsToday <\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Orang ramai masih mencuba nasib untuk merentas daerah walaupun larangan sudah dikuatkuasakan di seluruh Sabah sepanjang sambutan Aidilfitri&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-1326","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1326","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1326"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1326\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1327,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1326\/revisions\/1327"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1326"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1326"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1326"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}