{"id":13329,"date":"2022-12-23T01:28:19","date_gmt":"2022-12-23T01:28:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13329"},"modified":"2022-12-23T01:28:19","modified_gmt":"2022-12-23T01:28:19","slug":"kemukakan-laporan-pastikan-projek-siap-mengikut-jadual-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kemukakan-laporan-pastikan-projek-siap-mengikut-jadual-hajiji\/","title":{"rendered":"Kemukakan laporan, Pastikan projek siap mengikut jadual: Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Semua program atau projek kerajaan dilaksanakan di peringkat daerah perlu dipantau sekali gus disiapkan mengikut jadual ditetapkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini termasuk\u00a0<\/span><span class=\"s1\">sama ada projek itu dilaksanakan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Pelaburan Sabah (SEDIA).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, semua pegawai kanan kerajaan perlu mempertingkatkan lagi tahap kerja serta usaha agar program dan projek kerajaan yang diluluskan di daerah masing-masing dapat dilaksanakan sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya berasa sedih apabila menerima laporan berkaitan pelaksanaan program dan projek pembangunan pada tahun ini. <\/span><span class=\"s1\">Kita sudah bagi peruntukan dan projek diluluskan tetapi laporan pelaksanaan projek tidak memberangsangkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAda yang hanya 60 peratus saja (siap) pada tahun ini, sama seperti tahun lalu juga (60 peratus). Rakyat mengharapkan kita melaksanakan program dan projek ini tetapi malangnya tidak siap dilaksanakan,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, kerajaan akan memberi perhatian serius dalam perkara ini dan menerima maklumat daripada Kementerian Kewangan berkaitan prestasi pelaksanaan projek tidak memberangsangkan pada tahun ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, pegawai kanan kerajaan perlu memantau serta memberi maklum balas terhadap prestasi sebenar berkaitan projek di kawasan mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJusteru, saya mahu semua pihak yang berkaitan memberi perhatian sepenuhnya termasuk untuk memantau semua program dan projek yang dilaksanakan kerajaan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJika projek untuk rakyat tidak dapat dilaksanakan, rakyat akan rugi dan marah kepada kerajaan termasuk saya sebagai Ketua Menteri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam tempoh sama, peranan pegawai daerah perlu memainkan peranan tapi jangan membelakangkan peraturan yang telah ditetapkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPegawai daerah jangan terlalu memandai-mandai. Saya akan memantau prestasi pegawai daerah.\u00a0<\/span><span class=\"s1\">Saya juga terima laporan ada yang pandai dan ada juga yang \u2018memandai-mandai\u2026. Saya juga menerima laporan daripada orang ramai dari kawasan masing-masing.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelaku Ketua Menteri, saya ingin tegaskan bahawa saya akan menjadi lebih keras (i am going to be tough) dengan semua pegawai daerah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJangan marah saya sebab macam-macam laporan yang kita terima. Jadi, sekiranya laporan yang diterima ini benar atau betul, saya tegaskan di sini saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Semua program atau projek kerajaan dilaksanakan di peringkat daerah perlu dipantau sekali gus disiapkan mengikut jadual ditetapkan. Ketua&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13330,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-13329","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13329","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13329"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13329\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13331,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13329\/revisions\/13331"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13330"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13329"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13329"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13329"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}