{"id":13371,"date":"2022-12-28T09:07:33","date_gmt":"2022-12-28T09:07:33","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13371"},"modified":"2022-12-28T09:07:33","modified_gmt":"2022-12-28T09:07:33","slug":"projek-tebatan-banjir-parlimen-sepanggar-akan-siap-secara-berperingkat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/projek-tebatan-banjir-parlimen-sepanggar-akan-siap-secara-berperingkat\/","title":{"rendered":"Projek Tebatan Banjir Parlimen Sepanggar akan siap secara berperingkat"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Projek Tebatan Banjir bagi kawasan Parlimen Sepanggar dijangka akan siap sepenuhnya secara berperingkat.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapa Sakmud berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya dalam sesi perbincangan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Katanya, antara fokus utama yang diberi tumpuan adalah Projek Tebatan Banjir di Sungai Rampayan yang dilihat perlu disiapkan segera.<\/p>\n<p>\u201cIa memerlukan tindakan segera bagi memastikan masalah banjir kilat di sepanjang sungai berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, pihak pengurusan tertinggi JPS turut memberi taklimat secara komprehensif berhubung status beberapa lagi projek tebatan banjir yang sedang dalam pelaksanaan di kawasan Sepanggar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat yang diketuai Pengarah JPS, Waily Harim serta barisan jurutera kanan ketika lawatan kerja ke JPS, di Wisma Pertanian, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Peto Galim; ADUN Darau, Azhar Matusin dan wakil ADUN Karambunai, Romeo Anson serta Pengarah Pejabat Parlimen Sepanggar, Ahsim Jamat.<\/p>\n<p>Mustapa berkata, pihaknya berharap agar JPS mempercepatkan pelaksanaan semua projek tebatan banjir terutamanya di kawasan yang dikategorikan sebagai \u2018tenat\u2019.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, penduduk kampung yang tinggal di kawasan rezab sungai dirayu supaya memilih untuk menerima tawaran pampasan dan berpindah dengan segera.<\/p>\n<p>Katanya, ia bagi memastikan semua projek tebatan banjir ini dapat dilaksanakan mengikut jadual dirancang.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Projek Tebatan Banjir bagi kawasan Parlimen Sepanggar dijangka akan siap sepenuhnya secara berperingkat. Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapa Sakmud&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13372,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-13371","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13371","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13371"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13371\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13373,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13371\/revisions\/13373"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13372"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13371"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13371"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13371"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}