{"id":13390,"date":"2022-12-31T01:29:47","date_gmt":"2022-12-31T01:29:47","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13390"},"modified":"2022-12-31T01:29:47","modified_gmt":"2022-12-31T01:29:47","slug":"ewon-alu-alukan-cadangan-penubuhan-koperasi-pacos-bantu-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ewon-alu-alukan-cadangan-penubuhan-koperasi-pacos-bantu-komuniti\/","title":{"rendered":"Ewon alu-alukan cadangan penubuhan Koperasi Pacos bantu komuniti"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan cadangan penubuhan koperasi Pacos bagi membantu meningkatkan ekonomi komuniti terutamanya orang asal.<\/p>\n<p>Katanya, walaupun Pacos lebih kepada memperjuangkan hak-hak asasi namun tidak salah sekiranya badan bukan kerajaan itu memperluaskan peranan dalam bidang ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cSudah tiba masanya Pacos memperluaskan peranan dari segi ekonomi untuk membantu meningkatkan pendapatan komuniti.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan minta pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk memberikan taklimat kepada Pacos mengenai penubuhan koperasi dan juga taklimat dari beberapa agensi kementerian yang lain,\u201d katanya ketika berucap pada Program Dialog bersama PACOS, Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.<\/p>\n<p>Ewon merupakan Ahli Parlimen Penampang berharap melalui penubuhan koperasi itu kelak akan membantu meningkatkan lagi sosio ekonomi komuniti pedalaman dan luar bandar.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun depan khusus untuk perusahaan berasaskan komuniti.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah mengatakan sebelum ini bahawa, tanpa mengurangkan fokus sedia ada di kementerian, saya mahu memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak dan perkampungan orang asli di Semenanjung dalam pembangunan usahawan dan koperasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon juga berharap agar Pelan Pembangunan Keusahawanan Penampang dapat disiapkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan bagi membolehkan ianya dijadikan dasar dan program kementerian.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah meminta Pejabat Daerah, Pejabat Parlimen Penampang dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) supaya pelan pembangunan ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan.<\/p>\n<p>\u201cPelan pembangunan ini adalah wawasan saya untuk membangunkan Penampang dalam bidang keusahawanan berasaskan digital, perusahaan berasaskan agro-pelancongan, perusahaan sosial dan perusahaan kecil penjaja di tamu-tamu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Katanya lagi, KUSKOP juga mencadangkan penubuhan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil di setiap daerah seluruh negara bermula tahun depan.<\/p>\n<p>\u201cMajlis ini akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk mengurus pembangunan dan menyelesaikan isu berkaitan usahawan, koperasi, penjaja, dan peniaga kecil di peringkat akar umbi secara lebih berkesan.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini, terdapat majlis pembangunan usahawan dan koperasi di peringkat Parlimen, namun majlis itu perlu diperkasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>KUSKOP mempunyai 10 agensi yang masing-masing mempunyai peranan untuk membantu usahawan iaitu TEKUN Nasional, SKM, Institut Koperasi Malaysia, SME Corp Malaysia, Bank Rakyat, SME Bank, UDA Holdings Berhad, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Keusahawanan Negara dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan cadangan penubuhan koperasi Pacos bagi membantu meningkatkan ekonomi komuniti terutamanya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13391,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-13390","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13390","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13390"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13390\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13392,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13390\/revisions\/13392"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13391"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13390"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13390"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13390"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}