{"id":1356,"date":"2021-05-19T08:40:06","date_gmt":"2021-05-19T08:40:06","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=1356"},"modified":"2021-05-19T08:40:06","modified_gmt":"2021-05-19T08:40:06","slug":"polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas\/","title":{"rendered":"Polis rangka operasi besar-besaran musnahkan persembunyian pengganas"},"content":{"rendered":"<figure id=\"attachment_1209\" aria-describedby=\"caption-attachment-1209\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/CDB1DEE8-5F12-4319-84DA-326555CC0451-300x289.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"289\" class=\"size-medium wp-image-1209\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/CDB1DEE8-5F12-4319-84DA-326555CC0451-300x289.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/CDB1DEE8-5F12-4319-84DA-326555CC0451.jpeg 564w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-1209\" class=\"wp-caption-text\">Datuk Hazani Ghazali (Gambar fail)<\/figcaption><\/figure>\n<p>KOTA KINABALU: Polis akan melipatgandakan usaha mengatasi kehadiran kumpulan pengganas di negeri ini dengan meningkatkan kawalan keselamatan selain menjalankan pemantauan di kawasan setinggan.<\/p>\n<p>Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan ini adalah bagi memastikan kawasan setinggan yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian kumpulan pengganas ini diawasi setiap masa.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah ada perancangan sedia ada berkenaan isu kawasan setinggan termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk merobohkan serta-merta kawasan penempatan setinggan membabitkan pengganas.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah merangka operasi besar-besaran selepas ini untuk memburu dan memusnahkan kawasan yang dijadikan tempat persembunyian kumpulan pengganas ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun berkata operasi di kawasan setinggan agak terbatas buat masa ini berikutan keadaan pandemik COVID-19 dan sebaik tiba masa sesuai operasi itu akan dilancarkan serta merta.<\/p>\n<p>Terdahulu Hazani memaklumkan bahawa arahan sudah disampaikan kepada semua ketua polis daerah di negeri ini supaya terus menjalankan pemantauan ketat di kawasan masing-masing terutama setinggan haram.<\/p>\n<p>Katanya, masyarakat juga terutamanya Ketua Kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turut digesa untuk bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan dengan menyalurkan sebarang maklumat di kawasan masing-masing.<\/p>\n<p>&#8220;Ketua kampung dan JPKK lebih mengenali setiap individu di kampung mereka. Sekiranya mereka ada mengesyaki sesuatu atau perkara luar biasa di kawasan mereka laporkan segera kepada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>&#8220;Begitu juga dengan syarikat kontraktor atau pengurusan kilang-kilang supaya lebih berhati-hati dengan individu yang diambil bekerja bagi memastikan tiada kaitan dengan kegiatan pengganas,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Hazani berkata, masyarakat tidak perlu takut untuk menyalurkan sebarang maklumat kerana pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.<\/p>\n<p>Katanya, Sabah mempunyai ordinan khas untuk ketua kampung mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Sebelum ini, seramai lapan individu termasuk dua dalam senarai orang dikehendaki membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan di kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, 8 Mei lalu.<\/p>\n<p>Susulan daripada itu, siasatan terus giat dijalankan polis sebelum lima lagi ahli kumpulan pengganas terbabit berjaya ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di lokasi sama, kelmarin.<\/p>\n<p>Katanya pihaknya tidak menolak kemungkinan masih ada saki baki ahli kumpulan ini serta penyokongnya yang masih bersembunyi di sini dan usaha pemantauan serta siasatan rapi giat dijalankan di lokasi dikenalpasti.<\/p>\n<p>SabahNewsToday <\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Polis akan melipatgandakan usaha mengatasi kehadiran kumpulan pengganas di negeri ini dengan meningkatkan kawalan keselamatan selain menjalankan pemantauan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-1356","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1356","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1356"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1356\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1357,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1356\/revisions\/1357"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1356"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1356"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1356"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}