{"id":13566,"date":"2023-01-14T04:20:42","date_gmt":"2023-01-14T04:20:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13566"},"modified":"2023-01-14T04:20:42","modified_gmt":"2023-01-14T04:20:42","slug":"penubuhan-majlis-penasihat-buruh-sabah-langkah-tepat-mustapha-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penubuhan-majlis-penasihat-buruh-sabah-langkah-tepat-mustapha-2\/","title":{"rendered":"Penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah langkah tepat &#8211; Mustapha"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah dijangka akan memastikan segala undang-undang buruh sedia ada dapat dilaksana dengan lebih berkesan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, kementeriannya sentiasa terbuka dalam membincangkan perkara ini bagi menambah baik sekali gus memperkasa lagi pelaksanaan undang-undang berkaitan buruh di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, sehingga kini Majlis penasihat ini masih dalam peringkat cadangan awal namun akan dijayakan bagi memastikan ekonomi Negeri Sabah berkembang dengan seimbang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cLangkah ini dilihat akan dapat mewujudkan satu perkembangan baik khususnya memberi manfaat kepada majikan di seluruh Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni akan memastikan agar semua keputusan dapat diperoleh dengan situasi menang-menang bagi semua pihak melalui penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah nanti,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mustapha berkata, penubuhan majlis itu akan bertepatan dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKetika ini saya sudah memaklumkan kepada pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah menyediakan kertas konsep dan kita akan membincangkannya bersama Kerajaan Negeri Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita menyeru kepada majikan terutamanya dalam Parlimen Sepanggar agar dapat memastikan kesejahteraan sosial pekerja terus dipelihara,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Mustapha menyeru agar perpaduan kaum serta keharmonian antara agama di Malaysia terutamanya di Sabah adalah anugerah paling bernilai daripada Tuhan untuk rakyat Malaysia. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSemua harus Ketepikan perbezaan politik demi kesejahteraan rakyat. Sambutan Tahun Baru Cina adalah wadah penyatuan rakyat Malaysia yang sama-sama diraikan tanpa mengira bangsa dan agama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSemoga Tahun Baharu ini membawa kemakmuran ekonomi terutamanya Negeri Sabah dan Malaysia amnya,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah dijangka akan memastikan segala undang-undang buruh sedia ada dapat dilaksana dengan lebih berkesan&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13563,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-13566","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13566","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13566"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13566\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13567,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13566\/revisions\/13567"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13566"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13566"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13566"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}