{"id":13588,"date":"2023-01-15T23:21:12","date_gmt":"2023-01-15T23:21:12","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13588"},"modified":"2023-01-15T23:21:12","modified_gmt":"2023-01-15T23:21:12","slug":"ewon-perkenal-beberapa-prinsip-pendekatan-baharu-sebagai-presiden-upko-yang-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ewon-perkenal-beberapa-prinsip-pendekatan-baharu-sebagai-presiden-upko-yang-baharu\/","title":{"rendered":"Ewon perkenal beberapa prinsip pendekatan baharu sebagai Presiden UPKO yang baharu"},"content":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang baharu, Datuk Ewon Benedick memperkenalkan beberapa prinsip pendekatan baharu untuk meneruskan perjuangan, perkhidmatan dan memantapkan lagi parti itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, antara pendekatan itu ialah \u2018common-sense leadership\u2019 dan melaksanakan perkara yang betul dengan cara yang betul.<\/p>\n<p>\u201cParti kita sudah dikenali dengan pendekatan principled oriented leadership yang didukung oleh Tan Sri Bernard dan diperkasakan dengan pendekatan servanthood leadership oleh Datuk Seri Madius.<\/p>\n<p>\u201cKini, saya akan meneruskan pendekatan-pendekatan kepimpinan selama ini dengan memperkasakannya melalui pendekatan common-sense leadership yang perlu didukung bermula daripada rumah kita, UPKO, kerana saya percaya dengan leadership begin at home (kepimpinan bermula di rumah).<\/p>\n<p>\u201cCommon sense leadership mengajak kita mendengar, melihat, merasa, menghidu, menganalisa, memikir dan menjiwai semua isu, cabaran, peluang dan risiko ke atas satu-satu isu yang berada di hadapan kita.<\/p>\n<p>\u201cSetiap keputusan yang dibuat mestilah boleh dipertahankan berasaskan kepada amalan menjunjung yang benar, menyangkal yang salah dan meneruskan apa yang wajar,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Parlimen Penampang menyampaikan ucapan secara maya kerana menghadiri majlis rasmi Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Seri Perdana Putrajaya, hari ini.<\/p>\n<p>Ewon berkata selaras dengan matlamat penubuhan parti, pendekatan melaksanakan perkara yang betul dengan cara yang betul akan membantu mencapai halatuju perjuangan dan kepimpinan parti.<\/p>\n<p>\u201cDalam semangat membara kita meneruskan perjuangan dan perkhidmatan parti sesuai dengan matlamat penubuhan parti, we must do the right things the right way.<\/p>\n<p>\u201cSaya mahu meraikan demokrasi di dalam parti. Kepimpinan saya tidak akan sempurna dan saya bersedia menerima teguran serta kritikan sepanjang memimpin parti ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya menghargai setiap teguran dan kritikan yang disertai dengan cadangan dan motivasi kerana itulah cara yang betul untuk memperbetulkan kelemahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga bertekad untuk terus bekerja keras dan mengamalkan prinsip diplomasi sepanjang masa dalam kepimpinan.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan bersahabat dengan banyak parti tanpa menjejaskan prinsip dan tujuan saya dalam parti ini. Saya mahu mewariskan kesetiaan dan kecekalan berserta dengan kualiti perkhidmatan, kerja keras dan prinsip perjuangan sebagai legasi kepada ahli-ahli parti dan rakyat jelata,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon turut mengalu-alukan semua yang pernah menjadi ahli UPKO supaya kembali menjadi ahli parti itu dan meneruskan perjuangan membela rakyat melalui UPKO.<\/p>\n<p>\u201cMari terus membina rumah ini (UPKO) bersama-sama sebagai satu keluarga yang demokratik, progresif, berprinsip, berdiplomasi dan berkepimpinan yang berkualiti,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang baharu, Datuk Ewon Benedick memperkenalkan beberapa prinsip pendekatan baharu untuk meneruskan perjuangan,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":5019,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-13588","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13588","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13588"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13588\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13589,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13588\/revisions\/13589"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5019"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13588"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13588"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13588"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}