{"id":13599,"date":"2023-01-17T00:08:00","date_gmt":"2023-01-17T00:08:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13599"},"modified":"2023-01-17T00:08:00","modified_gmt":"2023-01-17T00:08:00","slug":"ums-lancar-makmal-hidup-perhutanan-pertama-di-jawala-plantation-sapulut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ums-lancar-makmal-hidup-perhutanan-pertama-di-jawala-plantation-sapulut\/","title":{"rendered":"UMS Lancar Makmal Hidup Perhutanan Pertama di Jawala Plantation, Sapulut"},"content":{"rendered":"<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">SAPULUT: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Makmal Hidup (Living-Lab) Perhutanan pertama di sini, baru-baru ini.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">Bertempat di Jawala Plantation Sdn Bhd, pelancarannya disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">Menurut Kasim, makmal itu akan membolehkan para penyelidik UMS dapat menyumbang kepakaran dan menghasilkan pelbagai penemuan baharu yang relevan dengan usaha yang dilakukan pihak syarikat. <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">\u201cPara pelajar khususnya dalam jurusan perhutanan juga dapat menjadikan <\/span><\/span><span class=\"s17\"><span class=\"bumpedFont15\">Living Lab<\/span><\/span><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\"> ini sebagai tempat menjalankan latihan industri yang praktikal.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">\u201cSaya bagi pihak UMS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawala Plantation Industries Sdn Bhd atas kesudian menerima cadangan merealisasikan Makmal Hidup Perhutanan UMS yang pertama,\u201d katanya semasa majlis pelancaran makmal tersebut di sini.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">Menurut Kasim, makmal hidup itu berperanan penting dalam memberi nilai tambah kepada graduan UMS kelak. <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">Katanya, pelajar akan merasai penat lelah mendaki setiap cerun, menilai aroma kehijauan hutan yang menyegarkan, dan memegang serangga yang bermanja dengan pokok dan pelbagai tumbuhan hijau dalam hutan berkenaan.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">\u201cDengan itu, mereka akan lebih menjiwai tugas dan tanggungjawab kerjaya dalam bidang perhutanan. <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">\u201cPaling penting ialah di sini mereka akan tahu makna tugas dan tanggungjawab memelihara khazanah hutan yang sewajarnya dipelihara dengan baik untuk manfaat generasi mendatang,\u201d jelasnya.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">Ujar Kasim, sebagai balasan, pihak syarikat akan menyediakan kemudahan kepada para penyelidik terlibat dan juga para pelajar yang akan membuat kerja lapangan kelak. <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">\u201cSelain itu, pihak syarikat juga akan memberikan latihan industri kepada pelajar. <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">\u201cHal ini akan mematangkan lagi ilmu yang mereka pelajari di bilik kuliah atau makmal dalam kampus,\u201d katanya. <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">Dalam pada itu, Rahman menyambut baik usaha dan kesudiaan pihak UMS menjadikan ladang mereka sebagai makmal hidup perhutanan yang pertama.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">Katanya, ia merupakan satu kerjasama strategik bagi memastikan khazanah hutan milik kerajaan wilayah Sabah dapat diurus dengan lebih baik.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">\u201cPihak syarikat sangat giat memastikan agar <\/span><\/span><span class=\"s17\"><span class=\"bumpedFont15\">Industrial Tree Plantations<\/span><\/span><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\"> (ITP) dapat dilipatgandakan lagi usahanya agar untuk tempoh lapan hingga 10 tahun mendatang, lebih banyak pokok mampu ditanam dan seterusnya memberi manfaat kepada ekonomi Sabah yang berpanjangan. <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">\u201cMenerusi <\/span><\/span><span class=\"s17\"><span class=\"bumpedFont15\">Forestry Living Lab<\/span><\/span><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\"> ini kelak, ia akan mampu menghasilkan penambahbaikan dari segi pengurusan nurseri, penghasilan bibit benih yang bagus, mengawal ancaman penyakit terhadap proses tumbuhan pokok dan pelbagai lagi,\u201d katanya.<\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">Untuk rekod, Jawala Plantation Industries Sdn Bhd merupakan syarikat yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan Sabah mengurus penanaman semula pokok kayu spesies Laran, Albizia, dan beberapa spesies lain di tanah seluas 11,084 hektar di kawasan Hutan Simpan Sapulut. <\/span><\/span><\/p>\n<p class=\"s13\"><span class=\"s16\"><span class=\"bumpedFont15\">UMS dan syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Singapura itu telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada 20 Januari 2022 bagi mewujudkan sebuah kerjasama yang lestari menjurus kepada penyelidikan dan tempat praktikal kepada para pelajar khususnya dalam jurusan perhutanan FPT UMS.<\/span><\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SAPULUT: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Makmal Hidup (Living-Lab) Perhutanan pertama di sini, baru-baru ini. Bertempat di Jawala Plantation Sdn&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13600,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-13599","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13599","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13599"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13599\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13601,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13599\/revisions\/13601"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13600"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13599"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13599"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13599"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}