{"id":13694,"date":"2023-01-25T10:45:07","date_gmt":"2023-01-25T10:45:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13694"},"modified":"2023-01-25T10:57:41","modified_gmt":"2023-01-25T10:57:41","slug":"ums-teroka-kerjasama-dengan-tanri-abeng-university-indonesia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ums-teroka-kerjasama-dengan-tanri-abeng-university-indonesia\/","title":{"rendered":"UMS Teroka Kerjasama Dengan Tanri Abeng University, Indonesia"},"content":{"rendered":"<p>JAKARTA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal mengadakan kerjasama antarabangsa\u00a0bersama Tanri Abeng University (TAU), Indonesia.<\/p>\n<p>Perkara itu dinyatakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim\u00a0 Mansor selepas\u00a0mengadakan kunjungan hormat kepada pemilik yang juga Rektor TAU, Dr. Tanri Abeng, di sini, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, beberapa persetujuan awal telah dicapai bagi menjadikan UMS sebagai rakan strategik baharu TAU.<\/p>\n<p>\u201cProgram-program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) bakal diperkasakan dengan kerjasama strategik yang akan dijalinkan kelak.<\/p>\n<p>\u201cFokus kerjasama yang bakal dilaksanakan ialah dengan mengadakan sesi e-Pembelajaran dan pembelajaran teradun disamping pendekatan bersemuka yang akan dirancang mengikut kesesuaian.<\/p>\n<p>\u201cIni mengambil kira bahawa prospek pelajar yang tinggal di merata Indonesia yang sungguh luas kawasannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kedudukan geografi wilayah Sabah yang berjiran dengan wilayah Kalimantan Indonesia selain budaya yang hampir sama akan membolehkan pengajian para pelajar dari Indonesia kelak berlangsung dengan lebih efektif.<\/p>\n<p>\u201dCOVID-19 memperlihatkan bahawa pembelajaran untuk kursus-kursus profesional seperti Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) mampu ditawarkan dengan baik menerusi atas talian, yakni e-Pembelajaran.<\/p>\n<p>\u201cSebagaimana universiti awam lain, UMS mempunyai pengalaman dan trek rekod\u00a0melaksanakan program pengajian sedemikian dengan jayanya.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya telah menyatakan kepada Dr Tanri, bahawa UMS bersedia untuk menjayakan visi TAU memastikan kecemerlangan akademik dapat dijayakan sama oleh pihak UMS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Dr. Kasim turut memaklumkan bahawa usaha untuk mewujudkan\u00a0kerjasama dengan TAU juga adalah sebagai sahutan terhadap saranan Kementerian<br \/>\nPendidikan Tinggi agar Universiti-universiti Awam di Malaysia dapat melebarkan jaringan\u00a0kerjasama dengan universiti luar negara.<\/p>\n<p>\u201cUsaha ini adalah sebahagian daripada agenda pengantarabangsaan yang giat dijalankan oleh UMS,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Dr. Tanri memberitahu, sejak penubuhannya, TAU telah membuka banyak peluang kepada para pelajar tempatan Indonesia dan antarabangsa untuk menimba ilmu Pendidikan tinggi di peringkat sarjana muda dan sarjana, khususnya MBA.<\/p>\n<p>\u201cBerasaskan kepada visi untuk menjadi universiti bertaraf antarabangsa yang menyediakan graduan kompetitif dalam kerjaya dan bidang keusahawanan, TAU kian dikenali universiti tersohor dunia.<\/p>\n<p>\u201cHubungan kerjasama dalam program MBA umpamanya turut dijalin dengan beberapa\u00a0universiti ternama di dunia,\u201d ujar beliau yang juga merupakan Ahli Indonesia-Malaysia\u00a0Business Council.<\/p>\n<p>Katanya, TAU kini ke arah pusat kecemerlangan akademik yang melatih para pelajarnya\u00a0dalam pengurusan pentadbiran perniagaan dan keusahawanan menjadi modal insan yang profesional dan karyawan hebat yang dilengkapi dengan ilmu-ilmu kontemporari sesuai dengan perkembangan perniagaan di dunia.<\/p>\n<p>\u201cDalam hubungan ini, universiti di Malaysia dilihat sebagai rakan strategik yang mempunyai kepakaran dan prestij yang boleh meningkatkan lagi pencapaian TAU,\u201d jelas Dr. Tanri.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JAKARTA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal mengadakan kerjasama antarabangsa\u00a0bersama Tanri Abeng University (TAU), Indonesia. Perkara itu dinyatakan Naib Canselor UMS,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13696,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-13694","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13694","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13694"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13694\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13698,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13694\/revisions\/13698"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13696"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13694"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13694"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13694"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}