{"id":13804,"date":"2023-02-05T07:08:36","date_gmt":"2023-02-05T07:08:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=13804"},"modified":"2023-02-05T07:11:54","modified_gmt":"2023-02-05T07:11:54","slug":"hajiji-kini-sah-presiden-parti-gagasan-rakyat-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hajiji-kini-sah-presiden-parti-gagasan-rakyat-sabah\/","title":{"rendered":"Hajiji kini sah Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara rasmi mengambil alih tampuk kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) susulan Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, langkah ini semua ahli kini mempunyai wadah politik yang 100 peratus tempatan untuk meneruskan perjuangan mereka kepada rakyat dan negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Dua ciri utama Gagasan Rakyat yang menjadi faktor penarik saya dalam parti ini ialah parti berbilang kaum yang membawa citra inklusiviti dan parti suara anak Sabah yang mengangkat citra perjuangan tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini merupakan faktor meyakinkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menerima segera Gagasan Rakyat sebagai rakan komponen terbaharu mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tambahan lagi, mereka (parti komponen GRS) sudah lama menyatakan hasrat agar GRS menjadi platform tempatan dalam erti kata sebenar, iaitu semua rakan kongsi menjadi parti tempatan. Sekarang kita 100 peratus tempatan,&#8221; katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, agenda Gagasan Rakyat juga selari dengan empat tonggak perjuangan GRS &#8211; Sabah First (Sabah Diutamakan), Sabah Forward (Sabah Melangkah ke Hadapan), Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya) dan Sabah United (Sabah yang Bersatu).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata sebagai sebuah parti tempatan tidak bermaksud kita menolak agenda nasional atau membelakangkan kepentingan negara. Malaysia adalah tanah air kita. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Namun, sebagaimana matlamat asal kita membina Malaysia adalah untuk merubah tahap pembangunan rakyat dan bumi Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHari ini, iaitu tahun 2023 sempena ulang tahun 60 tahun pembentukan Malaysia, kami yakin dan percaya bahawa platform tempatan adalah yang terbaik untuk Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita memilih dan memutuskan bahawa formula tempatan berupaya melonjakkan agenda perjuangan dan kepentingan negeri dalam dalam Persekutuan Malaysia. Kita mahu pelaksanaan sistem federalisme yang lebih bernilai dan bermakna dengan berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAtas faktor itu, kami akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima dan mengutamakan kepentingan Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApa yang lebih penting bagi kita ialah mendapat pengiktirafan dan pelaksanaan hak, kuasa serta kedudukan istimewa Sabah seperti yang termaktub dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang mewujudkan Persekutuan Malaysia, iaitu MA63. Tiada Malaysia tanpa MA63,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kami bersyukur kerana kepimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat komited untuk menunaikan tanggungjawab Putrajaya untuk melaksanakan MA63. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBeliau belum pun memegang jawatan selama 100 hari tetapi kita sudah melihat kemajuan yang ketara. Kita akan terus meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membina Sabah dan Malaysia Madani yang progresif,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata beliau akan menerangkan dengan lebih terperinci hala tuju Gagasan Rakyat sempena pelancaran parti itu pada 2 Mac ini.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara rasmi mengambil alih tampuk kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":13805,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-13804","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13804","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13804"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13804\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13806,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13804\/revisions\/13806"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/13805"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13804"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13804"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13804"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}